Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Tular Video Ibu Campak Dua Anaknya Ke Sungai Hanya Kerana Dendam Terhadap Suami

today22 October 2020

Background

Terbaharu, tular di laman media sosial satu video rakaman CCTV yang memaparkan seorang ibu mencampak dua anaknya dari sebuah jambatan ke dalam sungai. Dipercayai tindakan wanita itu adalah untuk membalas dendam terhadap bekas suaminya kerana menceraikannya.

Menurut laporan, pihak berkuasa di situ telah menahan wanita terbabit. Dia turut mengakui tindakannya itu demi membalas dendam terhadap suaminya selepas diceraikan.  Rata-rata warganet yang melihat rakaman video tersebut benar-benar terkejut dengan tindakan wanita yang tidak berperikemanusiaan itu. 

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada 17 Oktober di Jambatan Al Aimmah yang menghubungkan kawasan Adhamiya, wilayah Sunni dengan wilayah Syiah Kadhimiya di Baghdad, di mana kedua kanak-kanak itu dicampak ke Sungai Tigris. Bagaimanapun, pihak berkuasa telah menemui kedua-dua mayat kanak-kanak malang itu yang dikenali sebagai Hur Mohammed, 3 tahun, dan Masuma Mohammed, 1 tahun.

Image via:https://english.alarabiya.net/

Menerusi rakaman CCTV itu juga dapat dilihat si bapa yang terkejut dengan kejadian itu dan hanya mampu duduk di tebing sungai sambil menangis memerhatikan pihak berkuasa mencari mayat anaknya. Menurut ahli keluarga mangsa, wanita itu sudah lama merancang untuk membunuh anak-anaknya selepas hampir dua bulan berpisah dengan suaminya.

Ahli keluarganya juga menyatakan wanita itu berlaku curang apabila pada bulan Januari tahun ini dia ditangkap bersama dengan kekasihnya. Sejurus selepas itu, suaminya pada ketika itu terus menghantar wanita itu kembali  ke rumah mertuanya dan memberitahu sikap sebenar anak perempuan mereka.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Isteri Rancang Pembunuhan Suami Yang Buta Demi Mendapatkan Harta

James Bulger – Tragedi Pembunuhan Anak Kecil Yang Dilakukan Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun!

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Jurulatih

Sukan

Media Thailand Dedahkan Gaji Yang Diterima Mohamadou Sumareh Di Police Tero

Media sukan Thailand telah membuat pendedahan mengenai gaji yang diterima oleh pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh bersama Police Tero FC. Siamsport melaporkan Sumareh menerima gaji sekitar ฿275 Ribu atau sekitar RM36 Ribu sebulan, yang mana disifatkan antara termurah bagi pemain import dalam saingan Thai League 1.Sumber Gambar: Police Tero FCSelain itu, Police dianggap bertuah dimana mereka berjaya menandatangani pemain sayap berkualiti seperti Sumareh dan membayar gaji yang... Klik untuk baca […]

today22 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *