Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Ular Peliharaan Dijadikan Pelitup Muka

today12 October 2020

Background

Sejak penularan wabak berjangkit COVID-19 melanda di seluruh dunia, setiap orang diwajibkan untuk memakai topeng muka untuk menghalang daripada dijangkiti virus berbahaya tersebut.

Namun, seorang lelaki di England telah mencetuskan panik apabila menjadikan ular peliharaannya sebagai pelitup muka ketika menaiki sebuah bas dari Swinton ke Manchester.

Menurut salah seorang penumpang yang tidak ingin dikenali identitinya, pada awalnya dia ingatkan lelaki tersebut menggunakan pelitup muka yang diperbuat daripada kulit ular. Sangkaannya meleset, rupa-rupanya ular yang melilit tangan dan menutup wajahnya.

“Saya rasa itu memang haiwan belaan dia sejak dari kecik kerana dengan selamba lelaki berkenaan mengusap ularnya. Walapun reptilia berkenaan tak mencederakan penumpang yang lain cuma, waktu tu memang tiada siapa yang berani merenungnya,” katanya.

Mungkin itu adalah salah satu alternatif lain untuk menggantikan apabila ketiadaan pelitup muka.

Bagaimanapun, Jurucakap Hal Ehwal Pengangkutan Manchester, undang-undang kerajaan jelas menyatakan kesemua penumpang wajib memakai pelitup muka ketika menaiki pengangkutan awam selagi Covid-19 belum reda melainkan ada sebab tertentu iaitu faktor umur, kesihatan atau hilang upaya.

“Tidak semestinya pelitup muka perubatan tetapi penumpang juga boleh membuat sendiri atau memakai selendang bagi melindungi wajah mereka.

Pihak mereka turut menegaskan meskipun ada bermacam pemahaman mengenainya tetapi tidak perlu sehingga menggunakan ular sebagai pelitup muka.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Wanita jumpa ular berkepala dua dalam rumah

Sejam tangkap ular sawa 50 kilogram

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: kitareporters , harianmetro , youtube

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

6 pelacur warga asing ditahan

Batu Pahat: Seorang wanita warga Vietnam cedera ketika cuba melarikan diri dalam serbuan polis membanteras kegiatan pelacuran di sekitar bandar Batu Pahat di sini, malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai berkata, serbuan pada jam 11 malam yang menumpukan dua lokasi berbeza itu berjaya menahan enam wanita Vietnam yang disyaki terbabit dengan kegiatan pelacuran. Katanya, ketika serbuan dilakukan, dua suspek cuba melarikan diri dengan memanjat... […]

today12 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *