Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Wanita 90 Tahun Individu Pertama Menerima Vaksin COVID-19

today9 December 2020

Background

Desas-desus mengatakan vaksin akan diedarkan ke semua negara tidak lama lagi dan Britain menjadi negara Barat pertama memulakan kempen pemberian vaksin COVID-19 pada skala besar.

Negara tersebut melaksanakan pemberian vaksin keluaran Pfizer-BioNTech pada semalam dan dilaporkan seorang warga emas berusia 90 tahun menjadi pesakit pertama di dunia menerima suntikan vaksin koronavirus.

Margaret Keenan menerima suntikan itu hari ini pada pukul 6.31 pagi (waktu tempatan) di Coventry, menandakan permulaan program vaksin besar-besaran Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS).

Sumber: youtube

Dia mengakui, dia sangat berbangga menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin menentang wabak Covid-19.

“Ini adalah hadiah awal hari lahir terbaik yang boleh saya harapkan. Akhirnya saya boleh menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan menyambut tahun baharu selepas menghabiskan hampir seluruh tahun ini bersendirian,” katanya.

Margaret yang merupakan bekas pembantu kedai barang kemas itu bakal menyambut hari lahir ke-91 minggu hadapan. Mungkin ini adalah hadiah terbesar buat dirinya.

Harap vaksin yang diedarkan pada fasa pertama ini tunjuk kesan positif untuk memutus rantaian COVID-19.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja artikel berikut:

“Ini Baru Betul Kita Panggil Pengantin COVID..” – Pasangan Berkahwin di Pusat Rawatan Covid-19

[VIDEO] Lelaki Ini Kongsi Macam Ini Rupanya Hilang Deria Bau & Rasa Sebab Covid-19

 

 

 

 

Sumber: trtworld

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

https___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_201122100948-01-youssoufa-moukoko-1121

Sukan

Youssoufa Moukoko Muncul Sebagai Pemain Termuda Beraksi Dalam UCL Pada Usia 16 Tahun

Penyerang Borussia Dortmund, Youssoufa Moukoko lakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain termuda buat penampilan dalam saingan UEFA Champions League (UCL) pada usia 16 tahun 18 hari awal pagi tadi ketika pasukannya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Zenit Saint Petersburg. Pemain kelahiran Cameroon itu dimasukkan pada minit ke 58 sekaligus memecahkan rekod Celestine Babayaro yang buat penampilan pada usia 16 tahun 87 hari ketika beraksi dengan kelab Anderlecht pada bulan November […]

today9 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *