Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Wanita Disimbah Asid Gara-Gara Tak Mahu Dirogol Rakan Suami

today16 December 2020

Background

Akibat kalah judi, lelaki ini tergamak menggadai maruah isteri kepada rakan-rakannya. Lelaki tersebut telah menyimbah cecair asid pada isterinya hanya kerana si isteri enggan membenarkan rakan-rakan suami merogolnya selepas suspek kalah dalam pertaruhan judi di India.

Suspek menghantar isterinya yang berusia 30 tahun itu kepada rakan-rakannya untuk dirogol di timur laut Bihar, dalam beberapa kejadian yang berasingan sejak Oktober. Setelah mangsa menolak, suspek dipercayai mengurung dan membelasahnya sebelum dilempar dengan asid.

Suspek yang bernama Hassaganj juga seorang kaki botol kini telah ditahan polis atas pertuduhan menyerang menggunakan asid, rogol, keganasan rumah tangga dan mengurung mangsa.

A gambling addict threw acid on his wife after she refused to let his friends gang rape her when he lost a bet in Bihar, India, on Saturday, according to police. Pictured: Protests were held across India following the alleged gang-rape of a 19-year-old Dalit woman in September

Menurut laporan Daily Mail, pegawai polis Muzahidpur, Rajesh Kumar Jha berkata pasangan suami isteri itu sudah 10 tahun berkahwin. Lelaki itu berjudi dan tewas dalam pertaruhan pada hujung bulan Oktober. Selepas itu, dia menghantar isterinya kepada kaki judi yang lain untuk dirogol, tanpa kerelaan mangsa.

Dalam laporan juga menyatakan bahawa mangsa sebelum ini telah dirogol sekumpulan lelaki pada 28 Oktober. Suami dan beberapa suspek yang lain tidak didedahkan nama mereka bagi melindungi identiti mangsa.

Bagaimanapun, mangsa berjaya melepaskan diri dan terus melarikan diri ke rumah ibu bapanya di kampung lain. Aktivis sosial, Deepak Singh kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan. Mangsa juga mendedahkan, dia kerap didera suaminya kerana dia tidak mampu memberikan zuriat.

Mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Walapun kejadian ini berlaku di luar negara, namun keganasan rumah tangga adalah satu perkara yang perlu ddipandang serius. Jika anda dapati ada antara ahli keluarga, rakan atau jiran anda menghadapi situasi ini, berilah bantuan yang mereka perlukan.

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Kerana 8 Ribu, Suami Isteri Ini Dipukul

elefon Bimbit Salah Satu Alat Utama Punca Curang Suami Isteri – Pakar Tingkah Laku Sosial

 

Sumber: Daily Mail

 

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Lelaki Ini Teruja ‘Test Drive’ Lamborghini, Tapi Akhirnya Lain Pula Yang Jadi

Tidak kiralah lelaki atau perempuan, masing-masing mempunyai cita rasa tersendiri dalam pemilihan kereta yang ingin dibeli.Ada juga yang memasang impian untuk memiliki kereta berjenama luar negara, ada juga yang tidak kisah tentang brand janji ada kereta sendiri yang selesa untuk diguna.Tidak terkecuali dengan video yang tular di laman Twitter baru-baru ini, apabila seorang pengguna telah memuat naik satu rakaman mengenai kawannya yang sedang test drive kereta Lamborghini untuk... Klik untuk baca artikel […]

today16 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *