Baru-baru ini kecoh dengan isu Jabatan Kerja Raya memohon maaf dan akan segera bertindak memperbaiki jalan selepas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin jatuh basikal akibat terlanggar lubang.
Terbaru, lain pula cerita apabila seorang warga emas mengalami situasi yang sama iaitu jatuh di jalan raya ketika menunggang basikal kerana terlanggar lubang.
Apa yang mengejutkan lagi adalah warga emas tersebut berlalu pergi dan kembali semula ke tempat kejadian dengan menampal lubang tersebut dengan sendiri menggunakan simen.


Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Johor. Bagaimanapun, selepas aduan dilakukan, pihak berkenaan datang untuk baiki lubang tersebut.
Semoga selepas ini, Jabatan Kerja Raya mengusahakan sesuatu untuk membawa perubahan ke arah kebaikan serta meningkatkan kualiti untuk keselamatan pengguna jalan raya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Jatuh Langgar Lubang Jalan, JKR Minta Maaf Pada KJ
Sumber: penangnetizen
Post comments (0)