Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

6 Artis Kpop Ini Bergelar ‘Jutawan Album’

today13 November 2020

Background

Gaon Music Chart telah update data terkininya dan telah berkongsi jumlah jualan album yang diperolehi oleh artis Korea untuk bulan Oktober 2020. Kpopers excited nak tahu tak?

**Gaon Music Chart ialah satu website yang akan mengumpul data populariti lagu atau album di Korea Selatan setiap minggu.

The K-Pop Guidebook to NCT's Concept – SnackFever

Untuk bulan Oktober 2020, NCT mendahului dengan perolehan sebanyak 1,193,394 unit menerusi album studio kedua mereka, ‘NCT RESONANCE Pt. 1’, disusuli oleh Blackpink dengan perolehan sebanyak 1,073,671 unit menerusi ‘Blackpink The Album’ dan SEVENTEEN dengan perolehan sebanyak 1,061,887 unit menerusi Semicolon. Ia juga kali pertama dalam sejarah tercatat tiga artis Korea berjaya mencapai rekod 1 juta unit untuk satu album hanya dalam tempoh sebulan saja. Lebih manis lagi, Blackpink satu-satunya kumpulan kpop perempuan diiktiraf gelaran jutawan album tersohor itu dengan satu album saja, ‘Blackpink The Album’ .

K-pop stars Blackpink named world's biggest music act, with BTS at No 10 |  South China Morning Post

NCT dan Blackpink menyertai empat lagi artis Korea lain iaitu Baekhyun, SEVENTEEN, BTS dan EXO, menjulang pengiktirafan jutawan album tersohor itu setakat ini dengan perolehan melebihi 1 juta unit untuk satu album. Ia menjadikan enam artis ini kalangan mereka yang memperolehi jualan satu album yang terlaris sepanjang dua dekad di Korea sejak Gaon memperkenalkannya beberapa tahun lalu.

What can we expect from BTS's upcoming album 'BE'? – Film Daily

Menyorot pencapaian artis itu masing-masing, BTS dan SEVENTEEN pula antara yang memperolehi pengiktrafan tersebut lebih daripada sekali dengan BTS sebanyak 4 kali manakala SEVENTEEN pula sebanyak 2 kali. BTS melakukannya melalui album “Map of the Soul 7” , “Map of the Soul: Persona” ,”Love Yourself :Answer” dan “Love Yourself :Tear” manakala SEVENTEEN pula melakukannya dengan “Heng:gare” dan “Semicolon”.

Pengiktirafan jutawan album tersohor ini adalah tertinggi pernah diberikan kepada mana-mana jualan album yang terlaris di Korea, diikuti dengan Platinum, Diamond, Gold dan sebagainya.

Written by: Adinna


Previous post

fcura6pwzxmgdsntfxce

Sukan

Tidak Dapat Ke Doha, JDT Mungkin Berdepan Hukuman Daripada AFC

Dua hari lepas, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan juara Liga Super 7 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak dibenarkan berlepas ke Doha, Qatar bagi menghadapi saingan AFC Champions League 2020 yang akan bermula pada 18 November ini. Ismail Sabri menjelaskan kerajaan tidak membenarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak pandemik COVID-19. Polisi... Klik untuk […]

today13 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *