Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Ada Surat Kebenaran Tak Buat Content Macam Ni?” – Video Hafiz Mahamad Guna Anggota Dan Kereta Polis Dipersoal

today3 May 2021

Background

Semakin dekat dengan nak raya ni, mesti kita akan nampak pelbagai video sempena Hari Raya Aidilfitri dikeluarkan. Tidak kiralah ia dihasilkan oleh siapa pun, atau content yang macam mana pun, bagi mereka yang kreatif inilah masa yang terbaik untuk menghasilkan video raya yang mampu memberi impak kepada penonton. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Dengan pelbagai isu yang bermain sejak beberapa minggu ini melibatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh sesetengah kelompok, maka Hafiz Mahamad iaitu influencer media sosial dan juga merupakan seorang usahawan terpanggil untuk menghasilkan video yang menyentuh hal tersebut. Video yang ringkas dan penuh dengan mesej itu memaparkan tentang larangan merentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri walau apa pun alasannya. 

Baca juga: “The Unproblematic Queen Is Cancel” – Tokti Dikecam Wargamaya Gara-Gara Majlis Tahnik

Dalam video tersebut juga Hafiz dilihat memerli golongan tertentu yang dilihat melanggar SOP hanya kerana diri bergelar instafamous. Walaupun video yang dihasilkan itu hanya sekadar menyampaikan pesanan tentang larangan rentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri, namun penghasilkan video tersebut yang melibatkan dua orang anggota polis beserta kereta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipersoalkan dari segi kebenaran membuat rakaman.

“Ada kebenaran bertulis dari team PRO PDRM tak untuk buat content ni?,” soal seorang warganet tentang penghasilan video tersebut. 

Jelas wargamaya tersebut lagi, SOP bagi penghasilan yang menggunakan anggota PDRM perlu melalui PRO mereka, dan juga production house yang menjalankan pengambaran ini perlu ada lesen daripada FINAS. 

Walaupun niat Hafiz dilihat baik dalam penghasilan video berbentuk nasihat dan peringatan seperti ini, namun proses penghasilannya tetap menjadi persoalan wargamaya. Buat masa ini, masih belum ada penjelasan yang diberikan oleh Hafiz. 

Baca juga: Ramai Pertikai Tindakan Usahawan Muda Ini Rakam Video Jenazah Rakan Sehingga Pengebumian

Sumber daripada: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Siti Nurhaliza Perjelas Isu Majlis Tahnik Anak, Ustaz Azhar Memang Ada Di KL, Menteri Agama Cuma Singgah

Hiburan Semasa

Siti Nurhaliza Perjelas Isu Majlis Tahnik Anak, Ustaz Azhar Memang Ada Di KL, Menteri Agama Cuma Singgah

Isu & Kontroversi Di Instagram, Dato Sri Siti Nurhaliza telah memuat naik satu kenyataan media berhubung isu viral majlis tahnik anak lelakinya baru-baru ini. Berhubung isu yang sedang tular ketika ini, kami sebagai tuan rumah ingin memberi pencerahan mengenai majlis tahnik anak lelaki kami, Muhammad Afwa yang kami anjurkan pada 26 April lalu yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk berlakunya aktiviti rentas negeri. Menurut Tok Ti, dakwaan […]

today3 May 2021