Semakin dekat dengan nak raya ni, mesti kita akan nampak pelbagai video sempena Hari Raya Aidilfitri dikeluarkan. Tidak kiralah ia dihasilkan oleh siapa pun, atau content yang macam mana pun, bagi mereka yang kreatif inilah masa yang terbaik untuk menghasilkan video raya yang mampu memberi impak kepada penonton.
Dengan pelbagai isu yang bermain sejak beberapa minggu ini melibatkan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh sesetengah kelompok, maka Hafiz Mahamad iaitu influencer media sosial dan juga merupakan seorang usahawan terpanggil untuk menghasilkan video yang menyentuh hal tersebut. Video yang ringkas dan penuh dengan mesej itu memaparkan tentang larangan merentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri walau apa pun alasannya.
Baca juga: “The Unproblematic Queen Is Cancel” – Tokti Dikecam Wargamaya Gara-Gara Majlis Tahnik
Dalam video tersebut juga Hafiz dilihat memerli golongan tertentu yang dilihat melanggar SOP hanya kerana diri bergelar instafamous. Walaupun video yang dihasilkan itu hanya sekadar menyampaikan pesanan tentang larangan rentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri, namun penghasilkan video tersebut yang melibatkan dua orang anggota polis beserta kereta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipersoalkan dari segi kebenaran membuat rakaman.

“Ada kebenaran bertulis dari team PRO PDRM tak untuk buat content ni?,” soal seorang warganet tentang penghasilan video tersebut.
Jelas wargamaya tersebut lagi, SOP bagi penghasilan yang menggunakan anggota PDRM perlu melalui PRO mereka, dan juga production house yang menjalankan pengambaran ini perlu ada lesen daripada FINAS.
Walaupun niat Hafiz dilihat baik dalam penghasilan video berbentuk nasihat dan peringatan seperti ini, namun proses penghasilannya tetap menjadi persoalan wargamaya. Buat masa ini, masih belum ada penjelasan yang diberikan oleh Hafiz.
Baca juga: Ramai Pertikai Tindakan Usahawan Muda Ini Rakam Video Jenazah Rakan Sehingga Pengebumian
Sumber daripada: Twitter