Kita semua tahu akan kewujudan ‘pelanduk dua serupa’ di mana kita akan berjumpa dengan individu lain yang seakan sama dengan rupa fizikal kita. Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh akaun Jabatan Netizen Malaysia mengenai seorang individu yang sedang bergaduh sehingga memecahkan cermin kereta orang lain seakan-akan menyerupai penyanyi Hip Hop tanah air, Joe Flizzow.
? – ??♂️.
Tak tau apa kes??. Biasa mesti ada kes baru jadi. Tak ada kes , tak jadi kes. Kes apa? Sape tau? Info tu nanti Kasi ” lerakk ” kat komen. pic.twitter.com/i9MkwFSdVk
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) April 18, 2021
Video yang tular di Twitter itu telah mendapat perhatian wargamaya sehingga nama ‘Joe Flizzow’ menjadi trending di Twitter pada pagi ini. Menerusi video tersebut, rata-rata daripada mereka berkata bentuk rupa lelaki tersebut seolah-olah sama dengan Joe. Lebih menghiburkan lagi apabila ada di kalangan mereka yang berkata lelaki tersebut adalah ‘klon’ Joe yang dibeli daripada tempat membeli barang online terkenal.

Baca juga: Tahniah! Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
Menurut kenyataan Polis Diraja Klang, kes video tular samun ini dipercayai berpunca daripada kereta Honda Civic yang dinaiki oleh 4 (L) Melayu itu telah melanggar kereta seorang warga Cina bersama sepupunya di daerah Klang Selatan, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Bin Ramli, keempat-empat suspek Melayu tersebut didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Meninjau di Twitter, terlalu banyak gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menyerupai Joe itu. Macam-macam ragam eh warga Twitter ini. Majoriti daripada mereka sangat kreatif sehingga boleh membuat nama baru untuk ‘klon’ Joe itu. Pecah perut baca gelaran nama-nama yang ada. Terhibur betul!
Apa-apa pun, semoga Joe tak terkejut pagi ini apabila namanya tiba-tiba tular di media sosial. Jangan nanti ada yang ingat Joe buat ‘gimik’ untuk promosi lagu baru sudah…Hiks!
Penulis: Aqilah Paharuzi
Baca juga: Rakam Dan Bunuh, Pembunuh Sadis Ini Ditangkap Ketika Mencuri