Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Apa Kes Sampai Pecahkan Cermin Kereta Orang?” – Dek Kerana Satu Video Tular, Joe Flizzow Terkena ‘Tempias’

today19 April 2021

Background

Kita semua tahu akan kewujudan ‘pelanduk dua serupa’ di mana kita akan berjumpa dengan individu lain yang seakan sama dengan rupa fizikal kita. Baru-baru ini, sebuah video yang dimuat naik oleh akaun Jabatan Netizen Malaysia mengenai seorang individu yang sedang bergaduh sehingga memecahkan cermin kereta orang lain seakan-akan menyerupai penyanyi Hip Hop tanah air, Joe Flizzow.

Video yang tular di Twitter itu telah mendapat perhatian wargamaya sehingga nama ‘Joe Flizzow’ menjadi trending di Twitter pada pagi ini. Menerusi video tersebut, rata-rata daripada mereka berkata bentuk rupa lelaki tersebut seolah-olah sama dengan Joe. Lebih menghiburkan lagi apabila ada di kalangan mereka yang berkata lelaki tersebut adalah ‘klon’ Joe yang dibeli daripada tempat membeli barang online terkenal.

Baca juga: Tahniah! Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Menurut kenyataan Polis Diraja Klang, kes video tular samun ini dipercayai berpunca daripada kereta Honda Civic yang dinaiki oleh 4 (L) Melayu itu telah melanggar kereta  seorang warga Cina bersama sepupunya di daerah Klang Selatan, semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Bin Ramli, keempat-empat suspek Melayu tersebut didapati positif dadah jenis methamphetamine. 

Meninjau di Twitter, terlalu banyak gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menyerupai Joe itu. Macam-macam ragam eh warga Twitter ini. Majoriti daripada mereka sangat kreatif sehingga boleh membuat nama baru untuk ‘klon’ Joe itu. Pecah perut baca gelaran nama-nama yang ada. Terhibur betul!

Apa-apa pun, semoga Joe tak terkejut pagi ini apabila namanya tiba-tiba tular di media sosial. Jangan nanti ada yang ingat Joe buat ‘gimik’ untuk promosi lagu baru sudah…Hiks!

Penulis: Aqilah Paharuzi

Baca juga: Rakam Dan Bunuh, Pembunuh Sadis Ini Ditangkap Ketika Mencuri

Sumber: Akaun Twitter Jabatan Netizen Malaysia 

Written by: Hamka Rosli


Previous post