Tahun 2020 telah menyaksikan dunia terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu dek kerana pandemik COVID-19. Semua orang terkesan dari segi ekonomi, dan golongan artis juga tidak terlepas daripadanya.
Disebabkan prosedur operasi standard (SOP) dikuatkuasakan juga bagi industri hiburan, maka ramai golongan artis yang terkesan. Namun itu bukan alasan untuk patah semangat kerana masih ada yang menggunakan altenatif lain untuk ‘topup’ sumber pendapatan. Melalui perkongsian hantaran di Instagram, Lufya atau nama penuhnya Lutfyah Sheikh Omar menyatakan bahawa tidak ada apa yang perlu dimalukan sekiranya golongan artis berniaga.
View this post on Instagram
“Janji cari duit halal, makan duit halal, besarkan anak duit halal! Jangan sampai jadi orang yang biar papa asal bergaya.”

Lufya yang berkongsi gambarnya bersama kek yang dijualkan memberitahu bahawa tiada salahnya untuk dia menjual kek. Dalam pada itu, dia turut memaklumkan akan ada pengambaran tidak lama lagi.
“Artis jual cake? Dah tak ada job lah tu. Amboi! For your information, Lufya ada shooting soon.”
Memang benarlah apa yang dikatakan Lufya tu. Apa yang pasti kita buat pekerjaan atau perniagaan yang memberi rezeki halal. Sementara itu, sempat juga Lufya berkongsi gambar tiga jenis kek lapis yang dijualnya. Apa-apa pun, semoga terus dipermudahkan urusan demi mencari sumber pendapatan yang halal.
Baca juga artikel menarik lain:
“Ngilu Dan Pedih Setiap Kali Duduk” – Pengorbanan Ibu Muda Ini Siapkan Thesis Dalam Pantang
Tajuk Dijadikan Gurauan Penonton, Drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ Dedah Sindrom MRKH
Sumber daripada: Instagram
Post comments (0)