Tahun lepas, penyanyi malar segar, Datuk Zainal Abidin, pernah meluahkan industri muzik tempatan semakin mundur, hilang seni dan yang tinggal sekadar bunyi apabila sesiapa sahaja yang memiliki wang dan kuasa boleh bergelar penyanyi.
Mungkin ada yang sependapat seperti Datuk Zainal Abidin dan ada juga yang tidak kerana masing-masing mempunyai pendapat sendiri dalam citarasa muzik.

Tapi, apa yang mengejutkan kali ini apabila komposer terkenal, Edrie Hashim bersuara tentang isu ini selepas seorang pengguna facebook mengkritik lagu zaman sekarang.
Menurutnya, lagu zaman kini tidak berkualiti sehingga gagal memahami muzik budaya mana yang cuba ditanam kepada peminat seni tanah air.
Jadi, Edrie Hashim tampil bersuara menerangkan mengapa muzik sekarang tidak seperti dulu yang kononnya tiada kualiti dan sukar difahami.
Dia turut memberi kata-kata agak pedas dengan mempersoalan kredibiliti pengguna Facebook tersebut sama ada dia mampu atau tidak menghasilkan sebuah muzik?
Apa pun pandangan kita terhadap sesuatu perkara, janganlah cepat nilai mengikut kepuasan diri kita. Lihat juga pada kesesuaian sekeliling dan perkembangan semasa.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Manfaat² Tersembunyi Semasa Belajar Bermain Alat Muzik