Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Baby Nampak Sihat” – Asyraf Khalid Kongsi Gambar Adik, Peminat Teruja Dapat Melihat Wajah Anak Lelaki Tokti

today19 April 2021

Background

Walaupun baru sahaja pagi tadi, nampaknya ramai yang sudah mendapat khabar berita tentang penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan bayi lelaki awal pagi tadi, (19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan). Memang rata-rata teruja dengan berita tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Siti Nuhaliza.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asyraf Khalid™ (@asyrafkhalid)

Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram anak tirinya, Asyraf Jiwa Khalid, peminat kini boleh menatap kecomelan wajah bayi lelaki Siti Nurhaliza, atau mesra dipanggil Tokti. Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata terpesona dengan wajah baby baharu Tokti yang kelihatan sihat.

Baca juga: “Tokti Makin Muda” – Buat Video Lipsync, Netizen Terpegun Siti Nurhaliza Kelihatan Makin Comel

Semua turut menitipkan rasa syukur ke atas kelahiran baharu dalam keluarga Tokti. Semoga Allah permudahkan segala urusan Tokti untuk membesarkan baby yang baru lahir ini untuk menjadi anak yang soleh. Comelkan anak lelaki Tokti ni? Siti Aafiyah mesti teruja bila dapat berjumpa dengan adiknya ini nanti. 

Baca juga: Tahniah! Dato’ Sri Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

“Aku Nak Balik Kedah” – Gadis Ini Lepas Rindu Tengok Ibu Ayah Walaupun Di Pintu Sempadan

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan gadis berkenaan berkongsi pertemuan yang bermakna bersama ibu bapanya yang sudah lama terpisah sejak kerajaan menguatkuasakan larangan merentas negeri.Mereka kemudian berjumpa di sempadan negeri Kedah dan Perlis yang ternyata membuat ramai mengalirkan air mata. Kedua-dua orang tua gadis berkenaan dilihat berjalan menghampiri sekatan jalan raya yang melibatkan negeri Perlis dan Kedah.Walaupun hanya dari jauh, tetapi pertemuan itu ternyata... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 April 2021