Beberapa hari lepas, Alif Satar telah membuat satu perkongsian di Instagram memuat naik foto bungkusan makanan yang digantung di pintu gril. Alif menyatakan dirinya sangat bersyukur kerana telah dikurniakan jiran tertangga yang baik hati dan tidak berkira untuk membantu isteri dan anak-anaknya di rumah.
Tambah Alif, sepanjang isteri Sha Dila Halid dan anak-anak, Alisha Anugerah, Ariana Mecca, serta Muhammad Ali menjalani kuarantin, komuniti perumahannya yang membantu menguruskan dari segi keperluan.
Inilah yang dikatakan komuniti sehati sejiwa yang sangat memahami. Alif juga luahkan rasa terharu dengan jiran tertangganya yang tidak putus-putus menjenguk keluarganya di rumah dan sering bertanya jika keluarganya perlukan bantuan.
“Mereka semua tawarkan bantuan, nak tolong buang sampahlah, tolong hantar makananlah ini baru betul,” tulisnya.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Alif yang disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu, manakala isterinya, Sha Dila Hadid dan anak-anak Alif iaitu Alisha Anugerah, 5, Ariana Mecca, 3 dan Muhammad Ali, 1, bebas dari jangkitan virus tersebut. Alif juga dijangka discaj dari Hospital Melaka pada 3 Disember ini.
Bila menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Alif mendoakan agar insan yang membantunya itu akan dimurahkan rezeki. Betul kata Alif, ini barulah #kitajagakita. Apapun, semoga urusan Alif dan keluarganya dipermudahkan dan jom sama-sama kita bantu orang yang memerlukan kerana mungkin esok lusa giliran kita pula.
Baca juga:
“Bila Dah Lalui Saya Rasa Berat Nak Bagitahu…” – Pesanan Penting Dari Alif Satar
Pentas Muzik-Muzik 35 Ditunda Sebab Alif Satar Positif COVID-19
Sumber: Instagram Alif Satar
Post comments (0)