Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Batang Pisang Dijadikan Rakit! Usaha Murni Lelaki Ini Dipuji

today6 October 2020

Background

Keadaan banjir di sesebuah kawasan pastinya menjadi mimpi ngeri buat penduduk yang terjejas. Namun ia tidak menghalang seorang lelaki berusia 37 tahun untuk membantu menyumbangkan makanan dan keperluan harian kepada mangsa banjir di Kampung Linau, Kota Belud, Sabah. Apa yang menarik, lelaki tersebut yang bernama Arshadila Arshad hanya menggunakan rakit yang diperbuat daripada batang pokok pisang sebagai ‘kenderaan’ untuk menghantarkan barang-barang sumbangannya.

Walaupun gambar yang dimuat naik agak ‘melucukan,’ namun rata-rata warganet memuji usaha Arshadila yang sanggup meredah banjir menggunakan rakit buatannya itu demi membantu penduduk kampung yang terjejas.

Menurut Arshadila, apa yang dia lakukan itu bukan lah kali pertama kerana daerah tersebut kerap dilanda banjir setiap kali hujan lebat yang berterusan. Perkara yang sama turut pernah dilakukannya pada tahun 2017 dengan menaiki rakit, atau disebut sebagai ‘bangkar’ untuk keluar dari rumah dan membantu penduduk yang terperangkap.

Antara kepayahan yang dilalui oleh penduduk kampung di situ setiap kali banjir melanda adalah bekalan elektrik terputus dan juga terperangkap di rumah dengan tidak berdaya keluar membeli barang keperluan. Jadi dari situ lah Arshadila tekad untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk setempat agar keperluan harian cukup sementara menunggu banjir surut.

Menurutnya yang juga merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota Belud, usahanya itu sebenarnya sudah sebati dengan hidupnya dalam menjalankan misi kemanusiaan. Katanya lagi, pembinaan rakit daripada pokok pisang di hadapan rumahnya turut dibantu adiknya sebelum dia pergi menjalankan misinya itu. Memang diakui ia satu usaha yang baik dan semoga menjadi contoh kepada orang ramai untuk turut membantu meringankan beban dikala kawasan setempat ditimpa musibah.

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “Lain Kali Jangan Suka-Suka Nak Kenakan Orang”

Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 7 pagi apabila lelaki tersebut memasuki lorong itu untuk membuat tambah nilai bagi touch n go. Menurut sumber, mangsa telah memaklumkan kepada suspek bahawa tambah nilai hanya boleh dibuat di lorong bersebelahan memandangkan lorong itu tiada kemudahan tambah nilai. Bagaimanapun, lelaki itu kembali semula ke pondok tol tersebut kira-kira jam 9.20 pagi dengan membawa sebungkus air.  Sambil menyedut minuman, lelaki itu berkata kepada... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today6 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *