Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Biasakan Yang Betul”- Rina Harun Berucap Dalam Bahasa Inggeris, Adibah Noor Tampil Betulkan Sebutan

today15 February 2021

Background

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara kita. Namun mempelajari bahasa lain, terutamanya Bahasa Inggeris, mampu menjadi nilai tambah kepada diri kita. Selebriti serba boleh, Adibah Noor, sekali lagi tampil sebagai cikgu Bahasa Inggeris di media sosial untuk berkongsi cara sebutan yang betul bagi beberapa perkataan.

Ekoran tular video ucapan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, yang dilihat menyampaikannya dalam Bahasa Inggeri, Adibah Noor yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi tampil membetulkan sebutan yang salah. 

Sebelum itu, ramai juga warganet yang mempertikaikan kebolehan menteri tersebut menyampaikan ucapan dalam Bahasa Inggeris. Tidak kurang juga ada yang berkata lebih baik sampaikan dalam Bahasa Melayu sahaja. Bagaimanapun, dalam video yang berdurasi 54 saat itu, Adibah tetap secara santai memperbetulkan sebutan yang disalah sebut oleh menteri terbabit.

Menurut Adibah, ucapan yang ditulis adalah cukup baik, namun dia tetap rasa terpanggil untuk kongsi cara sebutan yang betul bagi dua perkataan iaitu ‘doubt’ dan ‘debt’. Rasanya memang ramai yang keliru cara sebutan yang betul untuk perkataan ni, tapi tak apa kita belajar untuk betulkan yang salah, dan biasakan yang betul. Jom tengok video sebutan yang betul ni.

Dalam pada itu, warganet juga seolah-olah seperti pelajar di dalam kelas yang memanggil Adibah Noor sebagai cikgu ataupun teacher. Memang comel masing-masing. Tapi Adibah sememangnya tidak asing lagi dalam pembelajaran Bahasa Inggeris kerana dia juga satu ketika dahulu merupakan seorang guru Bahasa Inggeris selama 10 tahun.

Baca juga artikel menarik lain:

“Tak Payah Gantung, Buang Je” – Gara-Gara Komen Kurang Sopan, Pemuda Ini Digantung Kerja Oleh Majikan

“Menagih Kerana Tekanan Hidup” – Pernah Tular Bawa Anak Selongkar Sampah, Kini Ditahan Positif Dadah

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Isu sugar baby: Kerajaan perlu tegas – Mufti

Johor Bahru: "Kerajaan perlu tegas, laman sesawang temu janji membabitkan salah laku moral harus segera disekat, haramkan terus laman sesawang seumpama itu, tiada keperluan ia wujud (di Malaysia)," kata Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad. Yahya memberi reaksi itu sebagai maklum balas terhadap isu laman sesawang temu janji 'sugarbook' yang menawarkan wanita di negara ini terutama penuntut universiti sebagai sugar baby di platform itu. Beliau berkata, kerajaan perlu pastikan capaian internet... […]

today15 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *