Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Cacing Sebagai Makanan Bakal Dipasarkan Secara Meluas

today17 January 2021

Background

Rasanya ramai yang dah tahu cacing merupakan serangga yang kita boleh dimakan. Tapi bukan semua jenis cacing selamat untuk dimakan, dan mungkin bukan semua sedap untuk dimakan! Bagaimanapun, makanan yang mengandungi ramuan mealworm atau cacing seperti yang terdapat dalam makanan ringan, biskut, pasta dan burger tidak lama lagi bakal dikeluarkan secara meluas di Eropah.

Image via:https://www.reptilecentre.com/

Menurut laporan, agensi keselamatan makanan di Kesatuan Eropah (EU) mendapati serangga itu selamat untuk dimakan. Jadi selain orang di Asia, orang-orang di Eropah pun dah boleh makan cacing ni. Tapi dikatakan cacing ini tidak disarankan untuk semua golongan. Menurut saintis, sesiapa yang ada alahan udang dan serangga mungkin akan mengalami alahan terhadap cacing jenis mealworm ini. 

Negara Eropah memang mementingkan keselamatan dalam makanan sebelum ia dipasarkan secara meluas. Ianya bermula apabila sebuah syarikat pengeluaran makanan berasaskan serangga pertama di Perancis, Micronutris, membuat permohonan untuk memasarkan produk serangga mereka. Kemudian daripada hasil kajian, mealworm pun diiktiraf sebagai produk makanan yang selamat.

Antara komponen utama serangga yang tersebut adalah protein, lemak dan serat. Dalam masa sama, mealworm menawarkan sumber makanan lestari dan rendah karbon untuk masa depan. Makanan berasaskan serangga tidak lama lagi dilihat sebagai penyelesaian untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dalam industri pengeluaran makanan. Mungkin cacing ini juga akan dipasarkan di negara kita tidak lama lagi. Ada yang nak cuba?

Baca juga artikel menarik lain:

‘Kahwin Norma Baharu’ – Apa Yang Bakal Pengantin Perlu Tahu Dan Lakukan Semasa PKP?

Sebab Sebenar ‘Virtual Reality’ Buat Orang Pening

 

 

 

Sumber daripada: Utusan Malaysia

Written by: Hamka Rosli


Previous post

TELEMMGLPICT000189523693_1_trans_NvBQzQNjv4Bq1jEdJGp1DKo6SYFsq2yaf3t1gd1Jyz-bAeBCe4Y7TDQ

Sukan

Salah Mahu Liverpool Kembali Ke Landasan Yang Betul

Bintang Liverpool, Mohamed Salah menyatakan bahawa aksi di antara Liverpool dan Man United adalah perlawanan yang istimewa. Manchester United bertandang ke Anfield sebagai pasukan peneraju liga, sementara Liverpool pula pasukan di tangga kedua. Mohamed Salah menyatakan bahawa perlawanan ini sangat penting untuk mengembalikan Liverpool ke landasan yang betul. Salah berkata: “Perlawanan ini sangat besar pada masa ini, terutama sekarang ketika mereka berada di tangga teratas dan kami berada... Klik untuk […]

today17 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *