Kasih ibu dibawa ke syurga! Dalam perkongsiannya di Instagram semalam, cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan telah menggunakan khidmat pereka fesyen terkenal untuk kegunaan baju harian ibunya tercinta, Noraini Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Cik Ani.
Dalam entri tersebut, Chef Wan berkongsi tentang baju Kedah yang mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo khas untuk baju basahan ibunya.
“Alhamdulilah semua baju Kedah ibu untuk pakaian hariannya sudah pun disiapkan oleh pereka fesyen Calvin Thoo.
“Saya pergi ambil di kedainya di Jalan Imbi semalam. Emak kata sangat selesa pakai, jahitan dan kain pun sejuk sahaja Wan. Tengoklah siapa yang pilih emak, sambil saya usiknya,” kongsinya.
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, baju basahan itu nanti dipadankan dengan 15 kain batik yang baharu dibelinya. Menurut Chef Wan, ibunya kelihatan sangat gembira sehinggakan tidak sabar untuk mencubanya.
“Emak dah cuba tadi masa kau tidur!”
Tambahnya juga, reaksi ibunya begitu berharga kerana sudah lama Cik Ani tidak tersenyum gembira dan ketawa disebabkan pengambilan ubat kanser telah membuatkan perubahan emosi dan kesihatan ibunya.
Seronok melihat Cik Ani gembira dengan baju barunya. Rata-rata pengikut Instagram Chef Wan memuji tindakannya dan mendoakan kedua mereka sihat dan dipermudahkan urusan mereka.
Baca juga:
“Ah Sh*t!” – Tengok Apa Chef Wan Buat Bila Kucingnya Pecahkan Perhiasan Dari Turki
Bekas isteri Chef Wan meninggal dunia
Sumber: Instagram Chef Wan
Post comments (0)