Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Emma Rasa Risau & Tak Safe..”-Kakak Emma Maembong Jadi Ibu Susuan Anaknya

today19 January 2021

Background

Baru-baru Emma Maebong telah umumkan dirinya dan suami, Shazi Azhar disahkan positif Covid-19 pada 14 Januari lalu akui dirinya tiada gejala. Pada mulanya Emma mahu mengambil swab test itu sebagai langkah berjaga-jaga dan terkejut dengan keputusan yang telah dikeluarkan.

Walaupun Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail dan suaminya positif, anak mereka Shariq Gabriel yang berusia tiga bulan disahkan negatif Covid-19. Kini anak mereka dijaga oleh kakak Emma, Coddy Maembong sepanajng tempoh Emma kuarantin.

Menerusi perkongsian di Instagram Story milik Emma, dia telah luahkan rasa bersyukur mempunyai kakak yang sudi menjaga anaknya buat sementara dan menyatakan anaknya yang dipanggil Gabby disusukan oleh kakaknya seorang lagi, Beby Maembong. Senang ada kakak yang sudi jadi ibu susuan kepada anak!

Tambah Emma, walaupun doktor sarankan anaknya kurantin dan tinggal bersama dia dan suami sebab anaknya menyusu badan namun Emma jelaskan bahawa dirinya risau dan rasa tidak selamat jika anaknya tinggal sebumbung. Dalam tempoh kuarantin, Emma berkongsi beberapa posting di Instagram luahkan rasa rindu kepada anaknya dan tidak sabar untuk memeluk anaknya semula.

Emma turut menyatakan sepanjang tempoh kuarantin tanpa anak di sisi. dia perlu pam susu badan seperti biasa untuk elakkan bengkak susu dan susunya akan dibuang kerana mahu berikan yang fresh kepada anaknya.

Tidak dinafikan mungkin sukar buat Emma Maembong untuk berpisah buat sementara bersama anaknya lebih lagi apabila Gabby merupakan putera sulungnya. Menerusi perkongsian di Instagram Story tersebut, jelas terpancar diwajah Emma rasa lega dan bersyukur kerana dia tahu anaknya dibawah jagaan kakaknya, Coddy dengan baik dan anaknya Gabby cukup makan minumnya kerana ada ibu susuan sementara Emma habiskan tempoh kurantinnya. Semoga Emma dan suami cepat sembuh dan bersamalah kita mematuhi SOP untuk putuskan rantaian virus ini!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Mak mata coklat, mata anak pula kelabu mat salleh..” Sekali Lagi Emma Maembong Tarik Perhatian Netizen

Pelik Tapi Benar! Budaya Di Uganda, Si Isteri Perlu Susukan Suaminya

 

 

 

 

Sumber: Instagram Emma Maembong

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

AmBank meterai MoU dengan MIDA untuk pertingkatkan automasi PKS

KUALA LUMPUR – AmBank dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat tahap sederhana tempatan dalam automasi dan pendigitalan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, menerusi kerjasama tersebut, AmBank akan menjalankan beberapa siri latihan simulasi dan sesi kelas bagi membantu syarikat mengenal pasti cabaran perniagaan, keutamaan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *