Terdahulu pasangan secocok, Irwansyah dan Zaskia Sungkur membuat perkongsian akhirnya mereka diberikan rezeki zuriat sulung selepas berusaha selama 10 tahun sepanjang mendirikan rumah tangga.
Dari perkongsian tersebut, ramai peminat mereka mendoakan kesihatan bayi dan isteri pelantun lagu Pecinta Wanita itu dalam keadaan baik dan sihat.
Malah, sudah ada mengatakan mereka tidak sabar untuk melihat wajah anak sulung mereka.

Terbaru, Irwansyah membuat perkongsian sekeping gambar menunjukkan anaknya membesar dengan jayanya selama empat bulan sehingga sudah kelihatan ‘baby bump’ pada perut isterinya.
Walaupun bahasa tubuh pelakon utama My Heart kelihatan agak kekok memegang perut isterinya tapi mereka berdua tetap nampak comel!

Dalam pada masa sama, ramai yang membanjiri ruangan komen dengan mendoakan supaya kesihatan Zaskia dan bayi sentiasa sihat sehingga selamat melahirkan zuriat sulung mereka.


Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Irwansyah Dan Isteri Terkilan..”>Irwansyah Dan Isteri Terkilan..
Sumber: instagram
Post comments (0)