Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Geng Mamak – Rompak Jongkong Emas Bernilai Lebih RM12 Juta Dan Lesap Dalam Masa 20 Minit

today24 November 2020

Background

Kes rompakan jongkong emas ini yang berlaku pada tahun 1994 merupakan antara kes rompakan yang terbesar pernah berlaku di Malaysia. Pada ketika itu memang satu tamparan keras terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana rompakan ini dikatakan berlaku di kawasan yang mempunyai kawalan keselamatan yang lengkap. Lebih mengejutkan, rompakan yang dilakukan dengan jayanya ini hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Bukanlah nak kata hebat kepada si perompak ni, tapi kecekapan perompak ini turut diakui oleh pihak polis.

Pilih Hari Kebangsaan Sebab PDRM Sibuk Waktu Tu

Ketika rakyat Malaysia semua sibuk dan gembira menyambut Hari Kebangsaan, satu rompakan yang menggemparkan telah berlaku di mana sejumlah jongkong emas bernilai USD 3 Juta (kira-kira RM12.84 juta) telah lesap dilarikan oleh satu kumpulan perompak yang dikenali dengan gelaran Geng Mamak. Rompakan ini cukup mengejutkan pihak PDRM kerana ia berlaku di gudang kargo yang mempunyai kawalan keselamatan terbaik di Malaysia, iaitu kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Ibarat rompakan yang biasa kita lihat dalam filem, namun ianya berlaku betul-betul di Malaysia dan dikatakan sebagai rompakan paling berani pernah dilakukan.

Image via:https://www.hargaemas.com.my/

Kebijakan kumpulan perompak ini boleh dilihat apabila memilih Hari Kebangsaan untuk melakukan rompakan kerana pada hari tersebut PDRM sedang sibuk menguruskan persiapan keselamatan majlis Hari Kebangsaan yang dihadiri oleh Perdana Menteri pada masa itu. Dengan perancangan teliti, Geng Mamak yang dianggotai seramai 14 ahli ini dan diketuai oleh 5 adik-beradik iaitu Mohamed Noor, Sharif, Rozlan, Yusof, dan Amirudin Abu Bakar melakukan rompakan tersebut.

Mereka dikatakan berasal dari Kuala Kangsar dan mempunyai darah kacukan Sri Lanka. Bagaimanapun, kebetulan ataupun tidak, hampir kesemua 14 ahli kumpulan ini mempunyai talian persaudaraan. 

PDRM Dikejutkan Dengan Kes Rompakan Terbesar…

Pada jam 5.00 pagi, pihak PDRM yang sedang melakukan persiapan Hari Kebangsaan tergamam sebentar apabila dimaklumkan tentang kes berkenaan. Menurut Pegawai Penyiasat Azizan Anan, kes seperti itu belum pernah lagi terjadi sebelum ini dalam kariernya sebagai anggota polis. Menurutnya lagi, kawasan rompakan tersebut agak mustahil boleh dilakukan tanpa dikesan kerana mempunyai kawalan keselamatan yang ketat. 

Image via:https://iluminasi.com/

Ketika tiba di tempat kejadian, 3 pengawal keselamatan dilihat telah tewas dalam keadaan masing-masing terikat. Agak mengejutkan pihak PDRM apabila diberitahu penjenayah yang melakukan rompakan itu merupakan anggota polis. Maklumat itu membuatkan Penolong Pegawai Penyiasat, Superitendan Amidon Anan, yang juga merupakan adik kepada Azizan Anan berasa curiga.

Amidon yang kemudian melihat rakaman CCTV itu percaya bahawa perompak itu merupakan anggota polis, namun masih ada yang tidak kena. Selepas penelitian lanjut, akhirnya Amidon menyatakan bahawa mereka bukanlah anggota polis, tetapi kumpulan perompak yang mengenakan pakaian seragam polis dan menyamar sebagai anggota polis. 

Rompakan Yang Pantas, Dalam Masa 20 Minit!

Rompakan tersebut dikatakan dilakukan dalam masa 20 minit. Ia bermula dengan kumpulan ini memasuki kawasan kargo sehinggalah lenyap jongkong emas tersebut. Rompakan itu dikatakan dirancang sangat rapi sehingga mengetahui masa yang sesuai untuk menceroboh masuk dan melakukan rompakan itu, iaitu ketika ramai kakitangan bercuti sempena Hari Kebangsaan.

Image via:https://iluminasi.com/

Rompakan ini sebenarnya memberikan satu tamparan hebat kepada pihak PDRM. Jadi untuk menebus kembali maruah PDRM, satu unit pengintipan ditubuhkan bagi menyiasat individu-individu yang melakukan rompakan tersebut dan mengesan di mana mereka berada. Selepas siasatan dilakukan, tidak ada bukti yang boleh mengaitkan rompakan itu dengan mana-mana kumpulan antarabangsa.

Tidak berputus asa, pasukan penyiasat mengubah hala siasatan dan mengkaji kes rompakan yang pernah dilakukan di Malaysia oleh kumpulan tempatan. Selepas menemubual mangsa-mangsa rompakan lalu, akhirnya wajah-wajah perompak jongkong emas ini dikenalpasti. Disebabkan wajah mereka seakan-akan mamak, maka pihak polis memberi gelaran ‘Geng Mamak’ kepada mereka.

Geng Mamak Akhirnya Diberkas

Kes rompakan ini tidak semudah yang disangka kerana mamakan masa selama 11 tahun untuk diselesaikan. Pada tahun 2006, dengan kecekapan dan kegigihan PDRM memburu Geng Mamak, akhirnya kesemua 14 ahli kumpulan ini berjaya diberkas. Kejayaan memberkas kumpulan ini adalah hasil kegigihan dan kerjasama dua penyiasat polis yang juga merupakan adik beradik, iaitu Azizan Anan dan Amidon Anan.


Baca juga artikel menarik lain:

Guru ‘Kanibal’ Umpan Mangsa Melalui Portal ‘Online Dating’ Sebelum Bunuh Dan Makan Dagingnya!

Asteroid Sebesar Bas Dikesan Sehari Selepas Hampir-Hampir ‘Merempuh’ Bumi…

 

 

 

 

 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *