Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

‘Husband Tak Cakap Pun Harga RM45k++’ – Kantoi Basikal Sama Harga Dengan KJ

today29 December 2020

Background

Gara-gara insiden yang menimpa Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, terlibat dengan kemalangan ketika menunggang basikal, ramai yang dah tahu harga basikal yang KJ gunakan. Melalui perkongsian sebuah posting di Twitter, katanya harga basikal KJ mencecah RM45,000. Boleh tahan mahal juga basikal yang ditunggangnya tu. Ia merupakan basikal premium dari Itali iaitu Pinarello.

Bagaimanapun, seorang wanita ‘terkejut’ apabila dapat tahu yang harga basikal milik suaminya sama dengan harga basikal milik KJ. Kata wanita tersebut, dia tidak diberitahu oleh suaminya tentang harga sebenar basikal tersebut. Dalam posting yang sama, wanita tersebut turut menyertakan sekali gambar suaminya dengan basikal Pinarello tersebut di sebelah tangkap layar berita.

Dalam pada itu, warganet yang lain sempat mempertahankan si suami daripada terus ‘kantoi’ dengan isterinya. Tambahan lagi, rata-rata yang ‘back up’ abang basikal adalah kaum lelaki. Memang semangat brotherhood betul apabila masing-masing cuba mempertahankan abang basikal tersebut daripada ‘bahaya’ yang bakal menimpanya di rumah.

Memang lucu komen-komen ‘back up’ daripada netizen sehinggakan posting yang asal turut menyatakan tersalah letak harga. Apa-apa pun, semoga abang basikal terus berbahagia dengan isterinya dan meneruskan hobi berbasikal dengan selamat.

Baca juga artikel menarik lain:

Jatuh Langgar Lubang Jalan, JKR Minta Maaf Pada KJ

‘Yang Jahat Pasti Menemui Ajal’ – Pembunuh Bersiri Yang Membunuh 47 Penjenayah Lain Dalam Penjara

Sumber daripada: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Roboh kerana tak ikut peraturan – MBSJ

Kuala Lumpur: Lokasi perniagaan di Bulatan Puchong Permai tidak sesuai sebagai tapak penjaja selain wujud pelanggaran syarat permit sementara seperti gerai di atas rizab jalan dan berstruktur tetap. Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Azfarizal Abdul Rashid berkata, jalan terbabit juga termasuk dalam pelan menaiktaraf infrastruktur termasuk kerja turapan, median dan side kerb serta anti-climbing fencing akan dilaksanakan dalam... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today29 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *