Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

‘Impikan Miliki Lima Isteri’ – Buaya Darat Sejati Dari Nigeria Akui Hamilkan Enam Wanita Sekali Gus

today4 December 2020

Background

Bukan camera trick mahupun special effect, seorang playboy di Nigeria menjadi perhatian apabila hadir ke majlis perkahwinan pelakon Williams Uchemba baru-baru ini bersama enam wanita yang sedang sarat mengandung. Mungkin inilah buaya darat sebenar yang sering ditunjukkan di dalam filem atau drama bersiri popular.

Image via: Instagram

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Pretty Mike memuat naik gambar dia bersama enam wanita yang hamil itu di dalam Instragram miliknya. Katanya, ia bukan camera trick dan mereka sedang dalam fasa terbaik dalam kehidupan. Dia juga tidak menafikan bahawa dialah lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan keenam-enam wanita berkenaan.

Melalui perkongsian videonya di Instagram, Mike dilihat memakai pakaian berwarna merah jambu lalu memperkenalkan seorang demi seorang teman wanitanya dan mencium perut beberapa teman wanitanya itu yang memakai pakaian sedondon. Memang berani betul ye Mike beraksi sedemikian.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu pasti menerima pelbagai komen dan reaksi daripada warganet. Ada yang mengecam tindakan Mike itu, dan ada juga yang berasakan Mike merupakan ‘lelaki sejati.’ Selain itu, ada juga yang mempersoalkan kewarasan Mike yang telah menghamilkan keenam-enam wanita itu. 

Tidak dapat dipastikan sama ada kesemua wanita itu dihamilkan dalam minggu yang sama, tetapi mereka semua kelihatan bahagia walaupun berkongsi lelaki yang sama. Tapi jika di Malaysia, Mike mungkin dikenali sebagai buaya darat. Difahamkan, pemilik kelab malam di Lagos itu sememangnya sudah dikenali sebagai seorang playboy di Nigeria. Selain itu, Mike juga pernah menyatakan yang dia mahu mempunyai lima orang isteri. 

Kalau ada lelaki seperti Mike di Malaysia, agak-agak apa respon anda?

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Dianggap ‘Hero’ Selepas Membunuh Kekasih Gelap Isteri Di Pusat Karaoke

Leka Tonton Netflix Sehingga Menyebabkan Kematian Anak Yang Ditinggalkan Dalam Kereta

 

 

 

 

Sumber daripada: New York Post

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Gadis Ini Teruja Nak Jumpa Boyfriend, Tapi Lain Pula Yang Jadi Bila…

Lebih-lebih lagi kalau sudah beberapa bulan tidak jumpa, pasti rasa teruja untuk jumpa itu membuak-buak. Rata-rata perempuan akan mengambil masa yang agak lama untuk bersiap supaya nampak penampilan yang cantik dan perfect bila keluar dating.Tidak terkecuali dengan seorang gadis ini yang tular di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila dia memuat naik videonya ketika bersiap untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.Namun, lain pula yang jadi apabila dia ingin masuk ke dalam kereta... Klik […]

today4 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *