Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Ini Contoh Air Mata Keluar Sebelah” – Amerul Affendi Tunjuk Teknik Menangis Dalam Iklan Raya

today6 May 2021

Background

Jika anda adalah peminat filem dan drama melayu, anda pasti mengenali pelakon hebat, Amerul Affendi. Amerul pernah memenangi watak sampingan terbaik melalui filem Terbaik Dari Langit. Apa yang membezakan Amerul daripada yang lain adalah dia mampu menjayakan pelbagai jenis watak. Bagi lah watak dan adegan apa sekalipun, dia pasti boleh membawanya dengan hebat.

Terbaru, Amerul ada mempromosikan sebuah iklan raya yang dijayakan bersama beberapa lagi barisan pelakon hebat yang bertajuk “Ini Iklan Raya, Tau?!”. Iklan raya ini adalah iklan yang berbentuk komedi dan mesej yang ingin disampaikan lain daripada yang lain malah, jalan penceritaannya juga menarik dan asli.

Baca juga: “Ini Namanya Influencer Bukannya..” – Wargamaya Kagum Dengan Iklan Vaksin Phua Chu Kang

 

Amerul memainkan watak sebagai seorang pengarah iklan raya di dalam iklan tersebut. Salah satu babak di dalamnya ada menunjukkan Amerul meminta pelakonnya untuk menangis dengan mengeluarkan air mata di sebelah sahaja bagi menambah lagi “feel” sedih babak itu.

Menerusi perkongsian Amerul di laman Twitter miliknya, dia dengan gigih menunjukkan contoh teknik tangisan itu. Kata pelakon hebat ini, pelakon harus cekap mengawal setiap inci tubuh mereka.

 

Posting ini mendapat perhatian wargamaya dan mereka lantas memuji teknik lakonan Amerul yang mantap. Kata mereka “Ini legend..”.

Sebenarnya ciapan itu dikongsikan dalam bentuk gurauan namun tak sangka ada yang mempercayainya sehingga ada yang meminta tips untuk mendalami teknik tangisan air mata sebelah ini. Mungkin bila kita baca nampak kelakar tapi ini sebenarnya menunjukkan betapa orang memandang tinggi terhadap lakonan Amerul sehingga mereka tak rasa pun yang ini hanyalah gurauan.

Dengan bakat yang ada, Amerul Affendi patut diberi peluang untuk membintangi lebih banyak karya seni di Malaysia. Kita doakan semoga Amerul terus kehadapan dan sentiasa berpeluang melakukan apa yang diinginkannya.

 

Baca juga: “Neelofa Beli Dalam Dua Atau Tiga Gulung..” – Pekerja Kedai Carpet Dedah Neelofa Beli Karpet RM10,000

Sumber: Amerul Affendi

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Lifestyle

[VIDEO] Ayah Ajak ‘Gaduh’ Suruh Bukakan Pagar, Tapi Loghat Si Anak Pula Bikin Ramai Geram

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak perempuan yang dikenali sebagai Yaya sedang berada dalam kereta bersama si ayah. Namun, sampai di depan pagar rumah, si ayah bertanya siapakah yang akan membuka pagar rumah dan lalu dia menyuruh Yaya untuk membukanya.Tetapi, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila jawapan comel Yaya yang membuatkan ramai cair melihatnya. Dia kemudian menjawab dalam loghat utara "Yaya penat kena minum ayaq nyok dulu".Telatahnya itu membuatkan si ayah... […]

today6 May 2021