Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Isteri Dakwa Aman RA Berlaku Curang, Dah Empat Kali Lafaz Cerai?

today9 February 2021

Background

Bukan tak biasa kita sebagai warganet ni dikejutkan dengan kontroversi-kontroversi yang melibatkan golongan artis. Kes kecurangan dalam kalangan artis pun masih belum surut lagi, tapi dah ada satu kes terbaharu yang melibatkan seorang penyanyi rap terkenal, iaitu Aman RA.

Isteri Dituduh Halau Suami, Akhirnya Tampil Kisah Dipihaknya

Menerusi perkongsian isteri kepada Aman RA, iaitu Natiqah Rahmat di Instagram (IG) Story, dia mendedahkan Aman RA sudah berminggu tinggalkan dia bersama anak-anak dan duduk di rumah perempuan lain. Pendedahan ini dilakukannya apabila tidak tahan dituduh halau suami sendiri dari rumah. 

“Dalam kereta luggage siap lengkap pakaian, seluar, berus gigi tak bawa masuk rumah sebab sebelum tu kau tinggal anak bini berminggu masa PKP, nak jaga perempuan tu,” tulis Natiqah di IG Story miliknya.

Menurut Natiqah lagi, sudah lama dia mendiamkan diri tentang isu ini, sehingga dituduh sebagai isteri yang kurang ajar. Namun, dia turut mendedahkan bahawa suaminya itu sudah empat kali melafazkan cerai.

Merayu Untuk Kembali Masa Pantang, Namun Dibalas Dengan Tarikh Nikah…

Dalam pada itu, Natiqah mengimbas kembali sewaktu dia merayu kepada suaminya itu untuk kembali fokus kepada keluarga dan menamatkan hubungannya bersama perempuan itu. Pada waktu itu dia yang masih berpantang dikejutkan dengan berita tarikh perkahwinan suaminya dengan wanita terbabit. 

“Masa kita sama-sama susah, kita kutip balik puntung rokok yang kita nampak sebab tak ada duit nak beli sebatang rokok pun. Sekarang kau dah rasa kau top of the world,” tambah Natiqah lagi menceritakan susah senangnya bersama Aman Ra.

Kecewa tak terkata apabila teringat kembali zaman susah senang sewaktu mula-mula nak membina kerjaya. Namun jasa dan pengorbanannya seperti tidak dihargai apabila diperlakukan seperti ini. Semoga ada hikmah di sebalik kekecewaan ini. 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Wanita Guna ‘Gorilla Glue’ Untuk Cantikkan Rambut, Terpaksa Terima Rawatan Di Hospital

Hantar Nota Minta Jiran Tutup WiFi Kerana Isteri Mengandung, Lelaki Ini Terima Nota Balas ‘Ganas’

 

 

 

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

‘Mata Hana Bukan Ditumbuk Oleh Saya’ – PU Abu Akui Dalam Proses Cerai Isteri Kedua

Hiburan

‘Mata Hana Bukan Ditumbuk Oleh Saya’ – PU Abu Akui Dalam Proses Cerai Isteri Kedua

Isu & Kontroversi Jika sebelum ini, Hana Azraa mendakwa PU Abu dikatakan sudah rujuk dengan bekas isteri pertama, Ain Afini dua minggu selepas mereka berdua bernikah. Artikel berkaitan: ‘Ya Depa Dua Tu Masih Suami Isteri’- Hana Azraa Dedah PU Abu Rujuk Isteri Pertama? Terbaru, PU Abu pula menjawab soalan daripada netizen mengenai hubungannya dengan Hana. Menurut PU Abu, mereka berdua dalam proses bercerai. Sepatutnya tarikh tu lebih awal. Namun disebabkan Perintah Kawalan... […]

today9 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *