Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Isteri Minta Cerai Kerana Tak Tahan Suami Kuat Bekerja Serta Tak Pernah Ambil Cuti

today9 December 2020

Background

Setiap perkahwinan pasti ada cabarannya. Bila baca tajuk artikel ni mungkin anda fikir ianya kes penceraian yang mudah kerana si suami gagal utamakan keluarganya dan lebih banyak habiskan masa dengan kerja. Bagaimanapun, kes penceraian ini berakhir dengan si suami mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi. Menurut lelaki ini yang juga merupakan seorang penasihat IT, haknya sebagai seorang insan telah teraniyanya apabila isterinya meminta cerai dengan alasan dia bekerja terlalu kuat dan tidak pernah mengambil cuti.

Image via:https://www.dailymail.co.uk/

Charles Ayeh-Kumi (64 tahun) akan mengambil tindakan undang-undang pada akhir bulan ini untuk mencabar undang-udang penceraian di England yang baginya terlalu ‘mudah’ dilaksanakan. Walaupun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perundangan, bapa kepada dua orang anak itu mula memeriksa undang-undang penceraian di England selepas bekas isterinya itu menceraikannya pada tahun 2018.

Menurut Ayeh-Kumi, undang-undang sedia ada adalah terlalu mudah kerana sebarang alasan yang jatuh di bawah ‘tingkah laku yang tidak boleh diterima’ akan dijadikan alasan kukuh untuk bercerai. Selain itu, dia juga ingin hak kepada kedua-dua pasangan untuk mencapai persetujuan bersama untuk bercerai dan bukannya hanya satu pihak sahaja. 

Kerja Kuat Untuk Kelangsungan Hidup Sekeluarga…

Dalam satu kenyataan yang ditulis oleh bekas isteri Ayeh-Kumi semasa prosiding perceraian adalah “suami saya tidak ada di rumah pada waktu malam dan pada hujung minggu. Dia juga tidak ada semasa cuti bersama keluarga dan ketika anak-anak sedang membesar”. Bagaimanapun, Ayeh-Kumi menegaskan sepanjang perkahwinan mereka tidak ada sebarang penganiayaan dan penderaan fizikal mahupun mental. 

Image via:https://www.dailymail.co.uk/

Selain itu, Ayeh-Kumi mendakwa bekas isterinya merujuk kepada hari percutiaan pada 20 tahun lalu, yang mana pada ketika itu pasangan terbabit sedang dalam fasa hidup yang mencabar dan perlu membayar ansuran rumah bulanan. Lelaki itu dikatakan bekerja dengan kuat kerana dia seorang sahaja yang bekerja di dalam keluarga itu, manakala isterinya adalah suri rumah sepenuh masa.

Ayeh-Kumi mengakui dia lebih banyak habiskan masa untuk pelanggannya walaupun pada hari hujung minggu dan lewat malam. Namun apa yang dia lakukan itu adalah untuk kesenangan keluarganya. Jika dia tidak bekerja, maka tidak ada wang yang boleh diperolehi. Tambahan lagi, itu juga caranya bagi mendapatkan ramai pelanggan, dan ia membezakan dia dengan syarikat-syarikat besar.

Image via:https://www.dailymail.co.uk/

Isterinya menyatakan hasrat untuk bercerai hanya selepas 30 tahun berkahwin. Ayeh-Kumi bagaimanapun tetap dengan pendiriannya bahawa penceraian ini telah melanggar hak asasinya dan menyatakan seharusnya setiap undang-undang perlu didefinisikan dan mempunyai batas. 

Baca juga artikel menarik lain:

Terserempak Lembaga Misteri Dalam Rumah! Lelaki Ini Buat Keputusan Pindah Rumah Terus…

Jenis² Fobia Pelik Yang Mungkin Anda Miliki Tanpa Sedar…

 

 

 

 

Sumber daripada: Daily Mail

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

“Kalah Suami Isteri” – Trend Khalwat Siber Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Membimbangkan!

Namun begitu, masih terdapat pihak yang menggunakan laman sosial untuk tujuan yang tidak berfaedah dan boleh mendatangkan dosa terutamanya dalam golongan remaja.Realitinya hari ini, terdapat trend baru yang berleluasa dalam kalangan remaja iaitu khalwat alam maya. Dengar saja perkataan khalwat, kita sudah tahu ianya adalah kegiatan yang tidak sihat. Senang cerita, kita sebut sebagai zina.Tular di laman sosial Twitter baru-baru ini mengenai seorang doktor bernama Ana Yasmin Azmi atau... Klik […]

today9 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *