Mungkin ramai peminat sudah lama berteka-teki tentang status hubungan pelakon, Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Nampaknya teka-teki tersebut berakhir apabila kamal membuat kejutan melamar Uqasha semasa siaran langsung sebuah anugerah yang di adakan di Putrajaya malam tadi.

Cuak dibuatnya penonton apabila Kamal secara tiba-tiba memaklumkan kepada penonton bahawa dia ada pengumuman penting untuk disampaikan kepada umum sebaik sahaja mereka berdua selesai menyampaikan dua anugerah pada acara tersebut.
“Uqasha Senrose, sudikah kalau awak menjadi isteri saya,” tanya Kamal sambil menunjukkan sebentuk cincin berlian.
Walaupun Uqasha kelihatan seperti tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku, akhirnya dia menerima lamaran tersebut dengan memberi jawapan ya sambil disambut sorakan hadirin yang berada di situ. Terdahulu, hubungan cinta pasangan tersebut mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang.

Sebelum ini, pelakon Hairul Azreen turut pernah melakukan perkara sama apabila melamar cinta hatinya, Hanis Zalikha secara langsung dalam sebuah program pada tahun 2015. Tahniah Kamal, Uqasha semoga segala perkara yang dirancang akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan segala urusan.
Baca juga artikel menarik lain:
Kayuh Basikal Jadi Trend, Ini Kelebihan Yang Ramai Tak Tahu
Bunuh Dan Makan 17 Mangsanya, Jeffrey Dahmer Akhirnya Dibunuh Dalam Penjara
Post comments (0)