Mungkin bagi kita yang ada kucing sebagai haiwan peliharaan ni rasa kucing kita dah cukup bijak dah bila faham apa yang kita cakap. Tapi satu kajian dari Universiti Sydney dan Universiti Roehampton di London menunjukkan kanggaru mampu berkomunikasi dengan manusia sekali gus menunjukkan tahap fungsi kongnitif lebih tinggi.

Menurut laporan, semasa kajian dijalankan, kanggaru tersebut diberikan tugas yang tidak dapat diselesaikan oleh haiwan iaitu dengan meletakkan makanan di dalam kotak yang tidak dapat dibuka. Tujuan kajian bukanlah nak lihat sama ada kanggaru tu dapat buka ke tak kotak tersebut, tetapi untuk meneliti apa tindakan selanjutnya.
Hasil kajian mendapati sebilangan besar kanggaru akan memandang ke arah penyelidik dan kemudin pergi semula ke arah kotak itu dengan isyarat seperti meminta pertolongan. Maksudnya kanggaru ni dia dah tahu kotak tu susah untuk dibuka olehnya, maka dia berkomunikasi dengan manusia untuk tolong bukakan.
Bagaimanapun, cara haiwan itu memandang ke arah penyelidik sudah dikenal pasti terhadap binatang lain apabila meminta bantuan daripada manusia, tetapi penulis, Dr. Alan McElligott berkata, secara umumnya situasi itu hanya berlaku bagi mereka yang menjinakkan haiwan selama ratusan tahun. Haiwan liar memang tak akan mampu untuk berbuat demikian.
“Kanggaru memang menunjukkan corak tingkah laku yang sangat serupa seperti kita lihat pada anjing, kuda serta kambing ketika diuji,” katanya.
Bukan Kanggaru Je Boleh ‘Bercakap’ Dengan Manusia
Walaupun kanggaru bukanlah haiwan domestik yang dipelihara oleh kita, ia tetap mampu untuk berkomunikasi dengan manusia. Hal ini juga mungkin disebabkan haiwan itu sering berada di sekitar manusia dalam ladang, dan sepanjang tempoh itu ia telah belajar cara untuk berkomunikasi dengan manusia.
Selain kanggaru, ada juga haiwan bukan domestik lain yang dikatakan mampu berkomunikasi dengan manusia. Berkomunikasi ni tak semestinya perlu bercakap, tapi cukup sekadar memberi isyarat. Antaranya adalah seperti cimpanzi, gajah, burung kakak tua, ikan lumba-lumba, orang hutan dan banyak lagi. Mungkin satu hari nanti tak mustahil haiwan-haiwan ini boleh ‘berborak’ dengan manusia.
Baca juga artikel menarik lain:
Tertarik Dengan Benda Tidak Bernyawa, Wanita Ini Akhirnya Menjadikan Beg Bimbit Sebagai Suaminya
Terpaksa Merayu Minta Cuti Kerana Takut Isteri Mengamuk. Ini Mungkin Sebab² Takut Kepada Isteri
Sumber daripada: Utusan Malaysia
Post comments (0)