Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kecoh Di Media Indonesia, Rupanya Laudya Cynthia Bella Juga Pernah Naik Belon Dengan Engku Emran

today22 March 2021

Background

Nampaknya video lamaran Engku Emran kepada Noor Nabila masih tular sehingga mendapat perhatian media dari negara seberang. Meskipun sudah beberapa hari berlalu, namun sehingga kini berita perkahwinan mereka masih diperkatakan ramai.

Hm, apakah yang tular sehingga sampai ke negara jiran kan? Setelah diselidik, rupanya sebuah agensi media Indonesia melaporkan Engku Emran mungkin pernah menaiki belon udara panas tersebut bersama bekas isterinya, pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Ini kerana menerusi pantauan, Laudya juga dilihat mengikuti akaun Instagram belon udara itu selain video Laudya menaiki belon tersebut bersama Emran dan anaknya menjadi tular.

Menerusi laman komen di akaun Instagram belon udara tersebut, ramai mengecam aksi mesra Engku Emran dan Noor Nabila yang ketika itu masih belum sah menjadi suami isteri.

 

Fuh, nampaknya nama Nabila hangat diperkatakan sehingga ke negara jiran ye. Apa pun, perkara yang lepas sudah pun berlalu. Moga Nabila dan Engku Emran, berbahagia sehingga ke akhirnya.

 

 

 

Baca juga:

Sedih Pula Baca Ayat Ni, Ucapan Sempoi Sharnaz Sempena Perkahwinan Nabila Buat Netizen Sebak

“Minta Maaf, Saya Tidak Boleh Komen..” Desas Desus Dakwa Nabila & Engku Emran Nikah Esok?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Rotikaya, Youtube

Written by: Ainaa


Previous post

ExBSEQHWgAE71uH

Sukan

Leicester Singkir United, Fred Buat Kesilapan Ngeri

Leicester City mara ke separuh akhir Piala FA buat pertama kalinya sejak 1982 setelah menang 3-1 ke atas Manchester United dalam pertembungan di peringkat suku akhir pada Ahad. Dua gol dari Kelechi Iheanacho dan satu lagi gol dari Youri Tielemans sudah cukup untuk memberikan kemenangan kedua buat Foxes ke atas Syaitan Merah dalam 26 pertemuan di semua pertandingan. United, yang menyamakan kedudukan di babak pertama menerusi Mason Greenwood, namun Leicester […]

today22 March 2021