Drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta arahan Emmi Suffian bakal bersiaran di slot Lestary TV3 telah menjadi bualan hangat penonton malam semalam.
Lebih-lebih lagi barisan pelakon semuanya baru dan tidak disangka peminat drama. Antara wajah-wajah baharu sebagai tunjang utama yang ditampilkan adalah seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Cik B dan ramai lagi.

Namun, apa yang menarik perhatian kami apabila usahawan terkenal, Dato Seri Vida (DSV) memuat naik satu posting yang menunjukkan reaksi anak sulungnya, Cik B melihat dirinya muncul dalam kaca TV.
Bila Cik B tengok diri dia dalam tv. Dia malu, tak tahu nak sorok muka kat mana..”
Tulis DSV dalam kapsyen posting tersebut.
https://www.instagram.com/p/CGnRB99AwZz/
Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamillen Muhammad Amin dipukul dengan pelbagai perasaan yang bercampur sehingga terlompat-lompat, membenamkan wajah ke sofa serta memeluk ibunya. Tak keruanlah senang cerita. Hiks!
Rata-rata pengikut DSV membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan mengatakan Cik B sangat berbakat dalam bidang lakonan dan terhibur dengan reaksi yang ditunjukkan.

Good job Cik B, lepas ni drama apa pula ye?
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Kampung People Musim Kedua Sudah Bermula!
Isu Kes Macau Scam, Pelakon Lelaki & Pengacara Wanita Pula Akan Dipanggil SPRM
Sumber: instagram
Post comments (0)