Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Keluar Kenyataan Akaun Twitter Diceroboh, Netizen Dakwa SKMM Cuba Sembunyikan Fakta Sebenar

today13 January 2021

Background

Semalam pengguna sosial media di Twitter beramai-ramai menghentam akaun rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mendakwa pihak SKMM cuba menyembunyikan fakta sebenar. Semuanya bermula apabila ciapan-ciapan lama daripada akaun rasmi SKMM muncul semula, yang mana ia memaparkan ciapan yang bukan dikeluarkan oleh SKMM.

Kebanyakan ciapan tersebut adalah dari tahun 2013 dan 2014 dan hampir kesemuanya memaparkan kata-kata yang kurang sopan. Tidak lama selepas itu, ramai warganet yang terus ‘menggali’ lagi ciapan-ciapan lama daripada akaun tersebut. Kebanyakan hantaran tersebut adalah secara peribadi dan banyak mengandungi kata-kata kesat.

SKMM kemudiannya mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang mendakwa akaun rasmi mereka telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab. Sementara itu, akaun SKMM juga turut digantung buat sementara waktu. SKMM meminta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan hantaran-hantaran tersebut dan menegaskan ianya bukan daripada pihak SKMM. Jadi itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh SKMM berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, warganet tetap mempersoalkan bagaimana seseorang boleh menceroboh akaun tersebut dan memuat naik hantaran daripada tahun-tahun sebelumnya. Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter turut mendakwa bahawa akaun tersebut adalah miliknya dahulu dan dijualkannya kepada seseorang. 

Dengan segala kekeliruan dan kecelaruan ini, warganet tetap dengan pendirian untuk meminta SKMM menjelaskan tentang perkara sebenar. 

Sementara itu, SKMM tetap mengingatkan orang ramai untuk menggunakan media sosial secara berhemah dan sopan. Sebarang hantaran yang tidak benar serta menghina institusi diraja, agama dan kaum akan dikenakan tindakan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara selama dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Baca juga artikel menarik lain:

Filem ‘Jaws’ Dikatakan Diinspirasikan Daripada Tragedi Sebenar Yang Menyeramkan!

Robert Johnson – Terlalu Berbakat Sehingga Dikaitkan Dengan Syaitan?

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Kompaun RM1,000, diarah patah balik jika tiada surat kebenaran rentas negeri

Alor Setar: Diarah patah balik dan kompaun RM1,000 akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mempunyai surat kebenaran polis ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, tindakan serius terpaksa dilakukan kerana pihaknya tidak mahu ada yang cuba mengambil kesempatan masuk ke Alor Setar tanpa kebenaran sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Beliau berkata, daerah ini... […]

today13 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *