Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Keluarga Dari ‘Kayangan’ Tawar Gaji RM379,830 Untuk Jadi Pengasuh

today19 November 2020

Background

Mungkin kerja sebagai pengasuh mempunyai status yang berbeza bagi setiap negara. Jika di Malaysia, mungkin jarang berlaku (atau belum pernah berlaku) pengasuh yang ditawarkan dengan gaji yang sangat lumayan. 

Namun di London, sebuah keluarga yang kaya-raya berketurunan Rusia-Amerika Syarikat (AS) sanggup menawarkan gaji sebanyak 70,000 pound (RM379,830) kepada sesiapa yang mampu menjadi pengasuh untuk anak-anak mereka. Agak tergugat juga melihat gaji yang ditawarkan sebagai pengasuh begitu tinggi.

Menurut laporan, keluarga tersebut sedang mencari pengasuh untuk menjaga dua anak mereka yang berusia tiga tahun dan sembilan bulan di sebuah rumah yang dilengkapi lapan bilik tidur di Knightsbridge, London.

Image via:https://www.mirror.co.uk/

Melalui iklan jawatan yang disiarkan dalam Facebook oleh syarikat pengambilan pekerjaan itu, keluarga tersebut meminta seorang pengasuh yang mempunyai pengalaman bekerja dengan bayi dan bersedia menyelami kehidupan keluarga dan rutin harian mereka. Selain itu, mereka yang ingin bekerja sebagai pengasuh di situ mestilah boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan bersedia bersama keluarga dan mengembara ke seluruh dunia.

Namun kepada yang ingin memohon, tugasannya tidaklah semudah itu kerana pemohon mestilah mempunyai pengetahuan tentang pemakanan sihat kerana mereka akan diminta memasak untuk anak-anak ketika tukang masak sambilan tidak bekerja.

Tambahan laporan itu, faedah pekerjaan merangkumi jangka masa satu minggu dan sehari cuti serta gaji 70,000 pound. Mungkin paling best adalah calon yang bertuah akan  tinggal  di rumah ketika pasangan tersebut tiada, sementara mereka akan mempunyai bilik tidur dan tandas mereka sendiri. Ibarat pergi melancong tetapi dengan tugasan sebagai pengasuh.

Bagaimanapun, calon juga perlulah mempunyai sikap menyenangkan, sabar dan yang paling penting sekali untuk proses perkembangan dan pendidikan anak-anak mereka. Mereka dikatakan memerlukan pengasuh secepat mungkin untuk menggantikan pengasuh sedia ada yang akan bercuti. 

 

Baca juga:

Bayi 10 bulan maut dipercayai didera pengasuh

’Heart Attack’ Si Ibu Bila Anak Buat Pesanan Foodpanda Sampai RM226!

 

 

 

 

Sumber daripada: Utusan Malaysia

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Ifedayo Olesegun

Sukan

Selangor Kekalkan Ifedayo Olesegun, Bakal Dapatkan Pemain Import Dari Eropah

Selangor sudah memulakan persiapan menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila dikhabarkan mengekalkan khidmat penjaring terbanyak Liga Super 2020, Ifedayo Olesegun. Menurut laporan warwatan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, skuad yang akan dibimbing oleh Karsten Neitzel itu ddifahamkan sudah hampir lengkap dimana selain mengekalkan khidmat Ifedayo, Selangor turut dikhabarkan bakal mendapatkan dua pemain import dari Jerman dan satu dari Switzerland. Skuad Selangor hampir lengkap... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *