Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kenapa ‘Geisha’ Selalu Dikaitkan Dengan Pelacuran?

today8 January 2021

Background

Mungkin ada di antara kita yang masih ingat ‘Geisha’ itu satu bentuk pekerjaan seperti pelacur di Jepun. Kalau orang-orang di barat pula, tiap kali berkunjung di Jepun mesti mereka melihat Geisha ini sebagai sex worker. Ini adalah kekeliruan yang sering diterima oleh rakyat Jepun, terutamanya pemandu pelancong di sana. Sebenarnya untuk mengetahui sama ada Geisha ini termasuk dalam kategori kerja pelacuran ataupun tidak, kita kena lihat semula sejarah serta asal usul Geisha ini.

Permulaan Pekerjaan ‘Geisha’

Asal usul Geisha ini boleh dilihat kembali pada tahun 1200-an, di mana terdapat satu kumpulan seperti Geisha yang dipanggil Shirabyoshi. Walaupun mereka bukan Geisha, mereka tetap dilatih dan dididik dalam bidang kesenian. Hakikat sebenar, Shirabyoshi merupakan mereka yang bekerja sebagai pelacur. Pada tahun 1600-an pula, mereka mula berkembang menjadi Oiran yang berterusan sepanjang pemerintahan zaman Edo. 

Image via:https://www.steppestravel.com/

Apa yang membezakan Geisha dan juga Oiran adalah cara mereka memakai obi (selempang), di mana Oiran mengenakan obi di bahagian hadapan supaya boleh diikat sendiri berkali-kali sepanjang malam. Faham-fahamlah kenapa nak kena ikat sendiri berkali-kali sepanjang malam tu. Manakala Geisha pula mengikat obi mereka di belakang. Apa yang membuatkan mereka sering disamakan adalah pakaian yang seakan-akan sama.

Budaya Oiran pula membawa kepada permulaan Geisha. Kalau nak tahu, Geisha pertama bukanlah dari kaum wanita, tetapi dari kaum lelaki. Tetapi kaum lelaki hanya berada dalam bidang ini selama lebih kurang 20 tahun sebelum wanita mengambil peranan ini sepenuhnya.

Peranan asal seorang Geisha adalah untuk membantu melayan tetamu, tetapi mereka tidak dibenarkan untuk melakukan sentuhan rapat dengan para tetamu. Hal ini kerana Oiran takut golongan Geisha akan curi pelanggan mereka. Jadi dekat sini kita boleh nampak mana satu yang merupakan pelacur, dan mana satu yang merupakan pelayan tetamu. 

Geisha pertama kali muncul di Jepun adalah pada tahun 1700-an. Pada ketika itu, golongan Oiran sedang berehat daripada pekerjaan mereka dan bertukar kepada Geisha pula untuk menghiburkan pelanggan dengan petunjukkan kesenian seperti bermain alat muzik. 

Geisha Bukan Pelacur…

Jadi sekarang kalau ada yang tanya sama ada Geisha adalah pelacur ataupun tidak, jawapannya adalah tidak. Walaupun Geisha muncul dari dunia pelacuran, tetapi selama zaman pemerintahan Edo, mereka meletakkan diri mereka sebagai penghibur dan pelayan tetamu sahaja. Mengikut sejarah, pada zaman Edo, pelacuran adalah dibenarkan dan diberikan lesen. Tetapi lesen ini hanya boleh dipegang oleh golongan Oiran sahaja, yang mana mereka Adalah sex worker di situ. Golongan Geisha adalah dilarang sama sekali untuk memiliki lesen tersebut.

Image via:https://taiken.co/

Dari Mana Datangnya Salah Faham Ini?

Jadi dari mana datangnya fahaman yang mengatakan bahawa Geisha itu pelacur? Hal ini boleh diimbas semula ketika zaman peperangan dunia dahulu. Selepas Perang Dunia Kedua, tentera bersekutu Jepun (Amerika Syarikat) ketika itu melanggan gadis-gadis yang berpakaian seperti Geisha. Apa yang mereka tidak tahu waktu itu adalah, tak semua gadis yang memakai pakaian merah dan mengenakan makeup putih adalah Geisha. Ada di antara mereka yang berpakaian seperti itu sebenarnya seorang pelacur, iaitu golongan Oiran. Jadi bila tentera-tentera ni pulang ke Amerika Syarikat, mereka pun menyebarkan berita tentang bagaimana mereka dapat melanggan ‘gadis geisha.’

 

Baca juga artikel menarik lain:

Pasangan Suami Isteri Pura-Pura Bahagia Di Kaca TV, Lebih 800 Video Dera Anak Angkat Ditemui!

Dari Seorang Guru Silat Sehingga Menjadi Buruan Di Hollywood!

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Kacukan Thailand

Sukan

Pemain Kacukan Thailand Ini Bakal Jalani “Debut” Bersama Chelsea

Pemain kacukan Thailand-England, Jude Soonsup-Bell berpeluang untuk membuat penampilan pertama bersama skuad utama Chelsea apabila kelab itu akan turun menentang Morecambe dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA. Jude merupakan seorang pemain muda yang sedang meningkat naik di Chelsea apabila penyerang berusia 17 tahun ini menampilkan prestasi cemerlang bersama skuad B-18 tahun kelab dalam saingan Liga B-18 dan juga Piala FA Belia. Baru-baru ini, dalam perlawanan menentang Barnsley B-18... Klik untuk […]

today8 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *