Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Kerana Covid-19 Kami Disatukan..”-Pengantin Gayakan PPE Untuk Gambar Perkahwinan

today2 February 2021

Background

Bertemu di salah sebuah pusat kuarantin, pasangan ini bersatu hati. Benarlah, jodoh itu rahsia-Nya. Siapa sangka semasa berada dalam kemelut Covid-19, ada manisnya untuk pasangan bernama Pija dan Azwa. Baru-baru ini tular di media sosial sepasang pengantin baru mengenakan pakaian PPE untuk merakam kenangan indah hari mereka. Perkongsian jurugambar pasangan ini, Taufiq Noor, meluahkan rasa hormat kepada mereka yang sanggup memakai pakaian PPE penuh untuk gambar kahwin mereka hanya unuk dijadikan kenangan.

Menurut Taufiq, pasangan Pija & Azwa telah bertemu dan berkenalan ketika berada di pusat kuarantin Covid-19 pada awal tahun lepas. Pasangan tersebut merupakan salah satu frontliners oleh sebab itu juga mereka ingin mengenakan pakaian PPE sebagai kenangan mereka pada awal perkenalan.

Tambah Taufiq, pasangan ini tidak mengeluh dan tidak kisah untuk mengambil gambar kahwin di tengah hari semasa mengenakan pakaian PPE penuh. Mereka berkata sudah biasa bermandi peluh tidak kira pagi, tengah hari atau malam.  Dirinya sendiri yang hanya berpakaian biasa sahaja pun sudah berpeluh, bayangkan pula pasangan ini yang memakai PPE penuh.. Hebat!

“kerana covid 19 kami di satukan”

mereka bertemu dan berkenalan di pusat kuaritin covid 19 pada awal kes covid lagi…

Posted by Taufiq Noor on Wednesday, 27 January 2021

Perkongsian Taufiq ini telah mendapat sambutan yang baik dari netizen di Facebook. Kebanyakan warganet tumpang gembira buat pasangan tersebut dan ada juga antara warganet yang mempersoalkan tentang nasib mereka sendiri yang masih mencari jodoh masing-masing. Bertabahlah ya untuk yang single.. Hihi!

Sebagai kenangan, mereka tidaklah hanya bergambar memakai pakaian PPE sahaja. Pasangan ini juga mengenakan pakaian pengantin tradisional berwarna putih. Jika dilihat, pasangan ini sangat padan dan serasi bersama. Inilah orang tua-tua selalu kata, kalau dah jodoh tidak ke mana.. Di pusat kuarantin pun boleh jumpa jodoh! Semoga pasangan ini sentiasa mengembirakan antara satu sama lain. Di musim pandemik Covid-19 ini, kita perlukan berita gembira seperti ini untuk dijadikan salah satu sinar kepada mereka yang mungkin memerlukan sesuatu yang positif.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bakal pengantin perlu jalani ujian Covid-19 sebelum nikah

‘Kahwin Norma Baharu’ – Apa Yang Bakal Pengantin Perlu Tahu Dan Lakukan Semasa PKP?

 

 

 

 

 

Sumber: Facebook Taufiq Noor

Written by: Adinna


Previous post

Sukan

Messi kekal bersama Barca? | Harian Metro

Barcelona: Lionel Messi mahu terus kekal di Barcelona musim depan, tegas calon presiden, Joan Laporta. Kapten kelab berusia 33 tahun itu bakal tamat kontrak pada penghujung musim ini. Dia hampir meninggalkan kelab pada musim panas lalu namun membuat pusingan U bagi menghormati kontraknya yang memasuki tahun akhir. Menurutnya pada Disember lalu, dia masih tidak tahu apa akan dilakukan pada musim panas ketika Manchester City dan Paris St Germain bersaing mendapatkan […]

today2 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *