Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kerana Hasad Dengki, Keluarga Adik Fattah Anas Dibomoh

today10 December 2020

Background

Agak lama kita tidak mendengar khabar berita tentang kanak-kanak cilik, Fattah Anas yang pernah tular duduk di dalam sangkar kucing sambil membuat bunyi kucing.

Terbaru, menerusi posting yang dimuatnaik bapa kepada Fattah Anas, dia memaklumkan dirinya kini sedang ‘menderita’ dipercayai angkara perbuatan sihir berpunca kerana perasaan hasad dengki.

ImageImage

Malah, dia turut meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana terpaksa menanggung sakit dan banyak wang telah habis untuk rawatan. Lebih menyedihkan lagi apabila dua orang anaknya, Anas dan Aneesa terkena tempias sekali.

Dalam pada masa sama juga dia merayu agar si pelaku menghentikan perbuatan keji ini.

Image

Bagaimanapun, seorang individu yang menggunakan nama samaran di laman twitter, @IBCIG memberi sedikit nasihat bila berada di zaman teknologi serba canggih ini.

Menurutnya, boleh membuat perkongsian di media sosial tapi jangan terlalu kongsi segala benda kerana kita sendiri tidak tahu siapa yang cemburu dengan kehidupan kita sehingga sanggup merosakkan kehidupan kita.

“Penyakit ‘Ain’ itu benar-benar wujud seperti dipetik di dalam Al-Quran di mana perasaan cemburu yang mempengaruhi hati manusia boleh menjatuhkan seseorang,”

Semoga si pelaku insaf dan taubat kerana jalan ini sesungguhnya dibenci oleh Allah. Semoga keluarga kecil Fattah Anas terus tabah dan kuat berhadapan dengan segelintir manusia yang sukar melihat kebahagiaan orang.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Isteri Dituduh Guna Bomoh Pikat Hati, Respon Izzue Islam Ini Tarik Perhatian!

Lagi Mangsa Pendakwah Selebriti Tampil Buat Laporan

 

 

 

 

Sumber: twitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Sindiket pengedaran dadah didalangi warga Vietnam tumpas

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang dengan penahanan seorang tiga warga Vietnam di sebuah kondominium di Segambut, dan merampas dadah bernilai RM87,880, semalam. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, bertindak atas maklumat pada 12.30 tengah malam, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul Kuala Lumpur menahan lelaki dan dua wanita, warga Vietnam, berusia 28 dan 35 tahun di kondominium... […]

today10 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *