Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kisah Kentut Yang Membawa Kematian Kepada 10,000 Orang?

today18 December 2020

Background

Kita biasa dengar peperangan berlaku akibat daripada perebutan kuasa ataupun penjajahan terhadap negara. Peperangan yang berlaku biasanya akan memusnahkan sesuatu kawasan dan ribuan nyawa terbunuh. Kalau pergi berperang pun biasa kita difahamkan pahlawan-pahlawan perang ni akan bawa senjata mereka seperti pedang dan meriam untuk mengalahkan musuh. Tetapi terdapat satu sejarah yang dicatat, selain meriam dan pedang, hanya dengan satu kentut mampu menyebabkan beribu kematian.

Kalau zaman sekarang ni, memang tak terfikir langsung kentut boleh membawa kepada peperangan. Paling kurang pun perang mulut dengan member. Dan selalu kentut juga dijadikan sebagai bahan jenaka, seperti bunyi kentut yang seakan-akan bunyi bot atau trompet. Tapi kalau kita lihat semula sejarah peradaban kuno, kita akan faham kenapa kentut ni pernah dianggap sebagai perbuatan yang taboo dan biadap. Ia juga dianggap sebagai satu perbuatan yang ditakuti oleh masyarakat zaman kuno.

Menurut sejarawan Yunani yang bernama Herodotus, satu kentut telah mengakibatkan sebuah peristiwa yang membawa kepada pemberontakan terhadap Raja Apries di Mesir. Di zaman kerajaan Vikings pula, banyak peperangan berlaku akibat daripada kentut yang dianggap sebagai satu bentuk provokasi.

Image via:https://www.thesun.co.uk/

Terdapat satu lagi catatan daripada ahli sejarah yang bernama Josephus, menceritakan kejadian di Jerusalem di mana seorang askar Roman yang kurang sopan telah merendahkan seluarnya, lalu membongkok dan berkata “spoke such words as you might expect upon such a posture.” Kelakuan seperti ingin kentut dan kata-kata askar tersebut telah mengakibatkan rusuhan yang menyebabkan 10,000 kematian. Kejadian itu berlaku betul-betul sebelum satu perayaan orang Yahudi disambut secara besar-besaran. Maksudnya waktu tu memang orang ramai tengah berkumpul di luar rumah dan kebetulan askar Roman cari pasal.

Tapi catatan Josephus ini ditulis beberapa ratus tahun selepas kejadian tersebut berlaku. Jadi ada kemungkinan Josephus menokok-tambah cerita tersebut dengan menyatakan jumlah kematian yang ramai sebagai penyedap cerita.

Kebaikan Kentut Terhadap Kesihatan

Walaupun kentut pada zaman dahulu mampu membawa padah, kentut sebenarnya mempunyai kebaikan terhadap tubuh kita. Sistem penghadaman badan kita sebenarnya menghasilkan gas secara natural untuk membantu proses makanan dalam perut kita. Jadi gas-gas yang dihasilkan ini perlu dikeluarkan samada secara sendawa ataupun kentut.

Sebenarnya kalau kita tahan kentut, ia boleh mengakibatkan perut kita jadi tak selesa, sakit dan juga kembung perut. Selain itu, kentut juga memberi petanda bahawa badan kita telah menerima makanan yang seimbang seperti protein, serat dan bijirin. Jadi kalau anda kerap kentut, itu tandanya badan anda berada dalam keadaan yang optimum. Apa yang pasti, kentut ni adalah perkara yang normal dan natural.

Baca juga artikel menarik lain:

Kanggaru Antara Haiwan Yang Boleh ‘Bercakap’ Dengan Manusia?

Darah Belangkas Boleh Buat Orang Jadi Kaya? Ini Sebabnya Dinilai Sangat Berharga

 

 

 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *