Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

KKM Keluarkan Senarai Lokasi Secara Terperinci Bagi 11 Kluster Baharu

today13 January 2021

Background

Kes positif COVID-19 di negara kita semakin menunjukkan angka yang membimbangkan. Semalam sahaja (12 Januari 2021) angka positif adalah sebanyak 3,309 dan ia merupakan angkat harian tertinggi buat kita. Memang menyeramkan bila tengok jumlah positif COVID-19 di negara kita masih menunjukkan empat angka lagi.

Kita sebagai rakyat yang sering mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan dalam usaha menjaga diri dan ahli keluarga daripada terkena wabak ini tentu sebolehnya nak elak daripada berada di tempat-tempat yang terjejas. Tapi sebelum-sebelum ini kita tidak dimaklumkan secara terperinci dari mana datangnya kluster-kluster ini. Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam mengeluarkan lokasi 11 kluster baharu secara terperinci.

Jadi lepas ni bolehlah ambil maklum terus lokasi-lokasi ini. Dalam pada itu, KKM memaklumkan pada semalam jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 141,533 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 30,390 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,303 kes.

Oleh itu kita harus ingat untuk terus patuhi SOP sebagai norma baharu. Elakkan 3S iaitu iaitu kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat, serta amalkan 3W iaitu Wash, Wear dan Warn.

Baca juga artikel menarik lain:

Keluar Kenyataan Akaun Twitter Diceroboh, Netizen Dakwa SKMM Cuba Sembunyikan Fakta Sebenar

Kenapa Orang Amish Terpisah Dari Kemodenan?

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Mekanik curi gelang dipenjara 14 bulan, denda RM2,000

Marang: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan mencuri dua gelang tangan emas bernilai RM40,000 dari kedai emas tahun lalu. Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda juga memerintahkan Amir Amirul Rashid Yunus, 32, dikenakan hukuman denda RM2,000 bagi kesalahan itu. Jika gagal bayar, tertuduh berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan. Tertuduh mengaku salah atas dakwaan mencuri dua gelang tangan emas milik […]

today13 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *