Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Kurang Ajar..” – Ashraf Muslim Berang Iklan Raya Promosi Judi

today16 April 2021

Background

Pelakon, Ashraf Muslim, meluahkan rasa kesal dan marah terhadap iklan raya yang mempromosikan judi oleh sebuah syarikat judi online. Ashraf berkongsikan video tersebut bersama kapsyen luahan perasaannya di akaun rasmi  Instagram miliknya.

Menurut Ashraf, tindakan mengiklankan judi dengan menggunakan tema raya adalah sangat tidak bertanggungjawab. Judi adalah haram di sisi Islam dan ia adalah perbuatan yang dikutuk. Ashraf meluahkan rasa marah dan seakan tidak percaya bahawa kini sudah ramai pihak yang semakin berani mewar-warkan perkara yang salah seperti sudah tidak ada rasa bersalah. Apa yang menambah amarah, iklan itu secara terang-terangan mengajak orang ramai melakukan dosa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)

Baca juga: Drama Nur Dan Nur 2 Kini Merentas Ke Indonesia

Ashraf juga turut memberikan komen tentang kesemua yang terlibat dengan pembikinan iklan berkenaan.

“KURANG AJAR lah siapa yang terlibat dalam pembikinan video ni. Takkan tak tahu video ni pasal apa? Judi laa!”

“Aku tak tahulah, yg berlakon dalam video ni sedar ke tak sedar apa yang dinyanyikan tu. Memang tak fikir panjang bila buat semua ni. Pastu berani plak nak promosi mcmni.”

Melalui video yang dikongsikan, dapat dilihat bahawa barisan pelakon yang terlibat berbangsa Melayu. Malah ada juga yang bertudung. Mereka semua mengenakan baju kurung dan baju melayu yang lengkap seperti sedang beraya.  Jika difikirkan, penyampaian iklan ini sangatlah tidak sesuai.

Menerusi ruangan komen posting tersebut, wargamaya mengeji tindakan ini dan antara yang paling jelas membangkitkan rasa amarah mereka adalah penggunaan barisan pelakon muslim di dalam video iklan judi tersebut.

 

“Video ni adalah JAHAT SAMA SEKALI dan ini adalah SALAH!”

Ashraf Muslim dengan sekeras-kerasnya menolak iklan ini. Katanya, ini adalah antara cara halus anasir-anasir jahat merosakkan Islam dan media sosial adalah platform yang paling mudah untuk mereka sampaikan.

Pelakon dan pengacara  ini menyeru supaya pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Tambah beliau, perbuatan seperti ini tidak dapat dimaafkan kerana ia menghina sensitviti agama.

“Tindakan ini telah melanggar sensitiviti orang islam dan memalukan negara yang mengamalkan agama islam sebagai agama rasmi.”

Rata-rata rakan artis yang lain juga turut meluahkan rasa yang sama. Ini adalah antara komen mereka:

Apa yang lebih menyedihkan adalah, perbuatan seperti ini ibarat menghina kesucian bulan Ramadan. Kita baru sahaja bermula namun, dah bermacam-macam perkara terjadi. Di mana salahnya kita dalam mendidik masyarakat? Apa yang jelas adalah, kita semua perlu lebih peka dan berfikir lebih panjang dalam melakukan sesuatu. Akal fikiran yang pendek akan membawa kepada kesusahan yang berlarutan. Semoga pihak berkuasa juga peka dengan isu ini dan segera melakukan penyiasatan.

Baca juga: Selepas ‘Borong’ Juadah Di Bazaar Ramadan, Ebit Lew Bawa Bersama Periuk Jamu Gelandangan Makan Di Chow Kit

Sumber: Ashraf Muslim

Written by: Danisyah Dalily


Previous post