Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Letak Nama Unik Pada Anak Demi Wifi Percuma Selama 18 Tahun

today22 October 2020

Background

Proses pemilihan nama anak yang baru lahir merupakan satu proses yang perlu dilakukan dengan teliti. Ini kerana nama tersebut akan digunakan oleh kanak-kanak tersebut sepanjang hayatnya. Jika ia membawa maksud yang kurang baik, maka sehingga akhir hayatlah dia dipanggil dengan nama tersebut. Bagaimanapun, sepasang suami isteri di Switzerland sanggup menamakan bayi perempuan mereka dengan nama ‘Twifia’ semata-mata mahu memenangi langganan wifi percuma untuk 18 tahun.

Menurut laporan, pasangan tersebut pada mulanya terlihat satu iklan di Facebook daripada Twifia iaitu salah satu penyedia perkhidmatan internet di Switzerland. Di dalam iklan tersebut menyatakan mana-mana individu yang meletakkan nama ‘Twifus’ jika melahirkan bayi lelaki atau ‘Twifia’ untuk anak bayi perempuan berpeluang mendapat habuan berupa perkhidmatan internet percuma selama 18 tahun.

Pasangan suami isteri itu yang masing-masing berusia 30 dan 35 tahun merasakan nama ‘Twifia’ tidaklah terlalu teruk dan memutuskan untuk menggunakannya sebagai sebahagian nama bayi mereka. Namun, dikatakan pada awalnya si isteri kurang bersetuju dengan cadangan itu tetapi kemudian merasakan nama tersebut tidaklah terlalu teruk. Pasangan itu menggunakan nama ‘Twifia’ sebagai nama tengah bayi perempuan mereka.

Selain itu, mereka turut memikirkan wang penjimatan daripada langganan percuma wifi itu yang boleh disimpan untuk kegunaan anak mereka. Menurut mereka lagi, nama yang unik itu mempunyai satu daya tarikan tersendiri, dan bila disebut lebih kerap ia juga kedengaran sedap bunyinya. Harap-harap pasangan itu dapatlah langganan wifi percuma selama 18 tahun seperti yang dinyatakan.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Tak Sangka Ada 3 Tempat Di Bumi Seakan Di Planet Marikh Sehingga Saintis..

Ini Yang Perlu Dilakukan Jika Wali Meninggal Dunia Saat-Saat Akhir Sebelum Ijab Dan Qabul

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Kecederaan

Sukan

Chanathip Songkrasin Pulih Dari Kecederaan, Kembali Sertai Sesi Latihan Consadole Sapporo

Berita gembira bagi kelab J. League, Consadole Sapporo apabila pemain lincah mereka, Chanathip Songkrasin kini sudah pulih dari kecederaan dan mula menyertai sesi latihan. Chanathip mengalami kecederaan otot ketika Consadole berdepan Sagan Tosu pada 16 September lalu dan pemain berusia 27 tahun itu dijangka bakal berehat selama dua minggu. Chanathip Songkrasin. Sumber Gambar: Consadole SapporoNamun, kecederaan yang dialami oleh Chanathip lebih parah dari yang dijangka dimana beliau terpaksa... Klik untuk […]

today22 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *