Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Macam Aktiviti Santai-Santai Sahaja Di Langkawi…”- Polis Mahu Panggil Neelofa & Suami

today5 April 2021

Background

Baru sahaja memberi kenyataan ke Langkawi atas urusan perniagaan bersama suami, warganet sekali lagi keliru dengan perkongsian Neelofa di laman instagramnya yang menunjukkan dirinya dan suami menaiki kereta kabel serta menaiki jetski. Perkongsian itu seakan bercanggah dengan motif utamanya ke Langkawi.

Maklumlah, musim pandemik dan ketika larangan merentas negeri masih berkuatkuasa ni, ramai yang sensitif jika mendapat tahu ada yang melanggar peraturan sesuka hati.

Disebabkan itu juga, Polis tidak berdiam diri dan akan memanggil Neelofa dan suaminya, Haris Ismail, untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pasangan pengantin baharu itu berbulan madu di Langkawi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata berdasarkan bukti video dan gambar yang dimuat naik di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

“Kita sedang tangani kes ini selepas ada gambar aktiviti dan kehadiran beliau (Neelofa) bersama suami (di Langkawi) telah melanggar SOP yang ditetapkan. Kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia di Langkawi semalam.

Abdul Hamid berkata, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang gambarnya dimuat naik itu sebahagian kegiatannya perniagaannya.

“Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja…. jelas ia tidak boleh dilakukan dan melanggar SOP. Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Beliau berkata, polis juga akan memanggil saksi yang boleh membantu melengkapkan siasatan kes itu secepat mungkin. Diharapkan siasatan dapat dilakukan dengan telus dan adil.

Baca juga:

Neelofa Terima Anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith, Netizen Merasakan Ada Yang Lebih Layak

“Lofa Buka Chatime Atas Gunung Ke Naik Cable Car?”- Warganet Pertikai Neelofa Seperti Sedang Berbulan Madu

Sumber: Bharian

 

 

Written by: Ainaa


Previous post

Buletin

GOGOPASAR pentingkan kesegaran buka peluang keusahawanan kepada masyarakat

SEMBANG KORPORAT Idea membangunkan perniagaan GOGOPASAR telah berjaya direalisasikan sebaik sahaja Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac 2020. Pengasas syarikat, Lynn Alias melihat ini peluang keemasan untuk membantu rakyat yang terpaksa berada di rumah.Sistem e-dagang GOGOPASAR mendapat sambutan baik dan Lynn terpaksa menyingsing lengan turun padang bersama kakitangannya membungkus barangan dan pelbagai lagi untuk menyiapkan tempahan pelanggan. “Saya seperti ‘robot... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today5 April 2021