Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Muka Ketat Pun Comel” – Kongsi Gambar Di Instagram, Ramai Terpegun Kecomelan Anak Fasha Sandha

today19 April 2021

Background

Rasanya tahun 2020 hingga ke tahun ini, memang tahun untuk artis-artis menyambut kelahiran bayi mereka yang pertama mahupun yang baharu. Bila artis kesayangan kita dapat baby baru, kita sebagai peminat pun turut tumpang gembira. Paling best bila mereka pula mula berkongsikan gambar baby mereka yang comel itu. Kita ni jadi geram pula melihat kecomelan anak-anak artis ini. 

Terbaharu, perkongsian gambar anak Fasha Sandha pula buat para peminat tidak keruan melihat. Gambar dikongsikan di Instagram miliknya itu menerima lebih seribu komen yang rata-ratanya geram dengan kecomelan anak perempuan Fasha Sandha yang baru menginjak ke usia 8 bulan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Baca juga: “Pakai Baju Santa Claus Pun Salah? Jangan Buat Islam Complicated..”- Fasha Sandha

“Susah nak minta posing sekarang. Dia buat muka ketat. Anak ibu sudah 8 bulan, Syukur Alhamdulillah,” tulis Fasha di ruangan kapsyen. 

Dengan menggayakan telekung pada anaknya itu, rata-rata wargamaya termasuk rakan-rakan artis memuji kecantikan dan kecomelan Aisha Aimara. Min tengok pun memang comel sungguh! Tidak kurang juga ada yang bergurau dengan meminta Fasha untuk beranak sekali lagi. Amboi senang ye minta, tapi mungkin kena tunggu tahun yang lain pulalah.

Melalui hasil perkahwinan Fasha dan juga Aidil Aziz yang berkahwin pada bulan Ogos 2019, mereka dikurniakan Aisha. Apa-apa pun, kita doakan agar Aisha dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik untuk ibu dan ayahnya.

Baca juga: [VIDEO] “Jam Bagaikan 5 Hari” – Gelagat Anak Shuib Tunggu Waktu Berbuka Buat Netizen Terhibur

Sumber daripada: Instagram

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Kelibat Tangan Misteri Belakang Pengantin

Menerusi perkongsian video daripada @syeira_eira, dia memuat naik gambarnya ketika sedang berjalan sambil diiringi pengapit dan seorang mak ciknya.Di dalam gambar tersebut, kelihatan kelibat tangan di belakang Syeira seperti tangan orang tua yang tidak berinai. Perkara tersebut sekali gus menimbulkan rasa pelik dalam kalangan netizen sehingga membuatkan mereka berteka-teki tentang kejadian misteri itu.Syeira hanya menyedari tentang kelibat tangan itu selepas kawan-kawan di Facebooknya... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today19 April 2021