Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Nak Pergi Mana Tu Tunku?” – Titip Ucapan ‘Cuti-Cuti Malaysia’, Ramai Yang Nak Ikut Tunku Azizah ‘Bercuti’

today1 April 2021

Background

Kisah mengenai pasangan selebriti yang dikatakan merentas negeri untuk pergi bercuti masih belum reda. Pelbagai andaian yang timbul walaupun sudah diperjelaskan tujuan merentas negeri adalah atas urusan kerja. 

Namun di sebalik kontroversi tersebut, sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang rindukan untuk pergi bercuti atau makan angin dengan keluarga tercinta. Yelah sudah setahun negara kita dilanda wabak COVID-19 dan sejak awal tahun ini sehingga sekarang kita masih dikenakan sekatan rentas negeri.

Bagaimanapun, hantaran terbaharu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Instagram miliknya mencuri perhatian ramai. Hantaran yang dititip dengan ucapan ‘Cuti-cuti Malaysia’ itu dilihat seolah-olah Seri Paduka Baginda sedang dalam perjalanan untuk pergi bercuti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azizah Mahmood Iskandar (@airtangan_tunkuazizah)

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya menyatakan hasrat untuk ikut sekali untuk pergi bercuti. Tapi tak bolehlah kalau ramai-ramai nak ikut.

Melihat paparan lokasi yang ditunjukkan pula, sepertinya Tunku Azizah sedang berada di Pulau Redang. Sementara itu, ramai yang mendoakan agar perjalanan Tunku Azizah bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat pergi dan pulang. 

Baca juga artikel menarik lain:

“Banyak Pahala Buat Orang Gembira” – Chef Wan Tempelak Golongan Suka Kecam, Backup DSV Buat Video Gila-Gila

Tak Dapat Buat Konsert, Coldplay Taja ‘Interceptor 005’ Untuk Bersihkan Sungai Di Malaysia

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Stress Dapat Pelamin Konsep Doraemon, Muka Tertekan Pengantin Ini Buat Ramai Dekah

Perkahwinan hanya sekali seumur hidup, sudah tentu kita mahukan yang terbaik dari segi pakaian, pelamin, hantaran, dan majlis persandingan yang bahagia.Namun, berbeza pula dengan sepasang pengantin baru di TikTok ini apabila raut wajah mereka ketika hari persandingan mencuri tumpuan ramai gara-gara pelamin berkonsepkan kartun animasi popular iaitu Doraemon.Lihat video penuh itu di bawah:

today1 April 2021