Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Netizen Berang Masih Ada Kes Kematian Penunggang Motosikal Langgar Lubang Jalan Raya

today4 January 2021

Background

Rasanya masih baru lagi isu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang jatuh dan cedera selepas melanggar lubang jalan semasa menunggang basikal. Lubang yang dilanggar KJ dikatakan agak dalam dan menyebabkan kecederaan ringan. Pada ketika itu, ramai warganet meminta agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil tindakan susulan terhadap semua jalan yang berlubang di negara ini, tidak kira sama ada ia dilanggar oleh orang kenamaan ataupun tidak.

Bagaimanapun, selang seminggu kemudian, terdapat satu kes kematian melibatkan seorang warga emas yang terlanggar jalan berlubang. Seorang lelaki warga emas, Ho Yan Fee, berusia 75 maut selepas terbabas sendiri sebelum terseret beberapa meter. Kejadian dikatakan berlaku di laluan tengah menghala ke Midvalley, Kuala Lumpur sekitar 7.30 pagi, dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, ramai warganet mempertikaikan layanan ‘antara dua darjat’ oleh pihak berwajib terhadap kes ini. Sementara itu, seorang pengguna Twitter turut meminta agar pengguna jalan raya yang menggunakan laluan lebuh raya Salak menghala ke lebuh raya Persekutuan atau Mid Valley untuk berhati-hati dengan satu lubang di jalan yang boleh memuatkan tayar keretanya. 

Mungkin disebabkan isu jalan berlubang ini bukanlah satu isu yang baru, maka ramai warganet menggesa agar pihak yang bertanggungjawab segera menyelesaikan isu ini. Harap-harap lepas ni setiap aduan daripada pengguna jalan raya boleh terus ambil tindakan untuk betulkan jalan raya yang berlubang tu. Semoga tak ada lagi berita kematian akibat terlanggar lubang jalan.

Baca juga artikel menarik lain:

Jatuh Langgar Lubang Jalan, JKR Minta Maaf Pada KJ

Seronok Berswafoto Sehingga Membawa Maut!

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Status Permohonan i-Sinar Kategori 1 KWSP Kini Boleh Disemak

Difahamkan, jika anda berjaya, pembayaran pertama yang anda telah setkan ketika membuat permohonan akan dikreditkan bermula 11 Januari 2021.Tetapi jika anda tidak berjaya, anda perlu menunggu sama ada pihak KWSP menyediakan kemudahan untuk membuat rayuan. Selain itu, tarikh pembayaran pengeluaran pula akan dibuat mengikut kategori 1 dan kategori 2 iaitu:Kategori 1 (diluluskan automatik) : Mulai 11 Januari 2021.Kategori 2 (status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today4 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *