Kecoh di Twitter apabila Nabil Ahmad membuat sindiran ‘not my level’ semasa mengacarakan sebuah rancangan realiti muzik. Sindiran tersebut dipercayai ditujukan kepada pengacara sensasi tanah air, Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA.
Bongkak betul statement Nabil mengata Diva AA sebab buat comeback semula jadi pengacara dekat program TV3. Dia dah lama tak pegang mikrofon pun, tetap pengacaraan dia dulu jauh 10 kali ganda lagi bagus dan tak sebodoh Nabil. Sudahlah bodoh, bongkak pula.pic.twitter.com/i2MFy7wzBs
— Alan Al Padat (@IniAlannn) November 15, 2020
Tidak berhenti di situ, tindakan Nabil mengeluarkan ayat ‘selfie stick’ yang amat sinonim dengan Azwan Ali turut mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya tidak setuju dengan kenyataan Nabil. Pelbagai kecaman ditujukan kepada Nabil dan ramai yang mula membandingkan tahap pengacaraannya dengan Azwan yang dilihat lebih profesional.

Bagaimanapun, Azwan menyatakan dia tidak berkecil hati bahkan memaafkan andai benar Nabil menyindir dirinya dalam siaran langsung program malam tadi. Azwan juga berkata dia terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai masa untuk memikirkan perkara tersebut.
Dalam pada itu, Azwan turut berpesan kepada peminatnya untuk tidak memperbesarkan isu-isu remeh sebegini. “Saya pun penat ingin melayan perkara ini. Kalau jumpa Nabil di luar pun, saya tetap akan senyum sahaja kepadanya,” ujarnya.

Terdahulu, ramai memuji penampilan Azwan dalam mengacarakan program terbaru TV3, Lagu Cinta Kita 2 yang bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam. Imej baharu Azwan dilihat lebih profesional dan berbeza daripada imej ‘Diva AA’ yang dibawanya sebelum ini.
Baca juga artikel menarik lain:
‘Diva AA 2020!’ – Ramai Teruja Azwan Ali Buat ‘Comeback’ Mengacara
Kenapa Warna-Warna Ni Selalu Buat Kita Rasa Lapar?
Sumber berita: Kosmo
Post comments (0)