Kalau terserempak tepi jalan, siapa yang tidak lari? Baru-baru ini tular di media sosial watak patung pembunuh, Chucky dari filem Child’s Play mengganggu penumpang kereta api di New York. Chucky adalah salah satu watak seram pertama yang menakutkan sebelum filem patung Anabelle dikeluarkan. Patung kanak-kanak itu dirasuk oleh roh pembunuh bersiri yang kemudiannya cuba untuk merasuki manusia untuk mendapatkan tubuh baru.
Perwatakan Chucky yang kejam dan pada masa yang sama menyeramkan membuatkan bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa juga takut bila melihatnya. Kalau dalam filem pun dah terkejut-kejut, inikan nampak depan mata. Fuh! Boleh terkucil..
Wtf is going on in New York ? pic.twitter.com/2EZG0EIzAZ
— albs ? (@albertoutspoken) January 27, 2021
Video Chucky menggangu penumpang tular di Twitter menunjukan beberapa orang penumpang kereta api bawah tanah New York masing-masing tidak senang duduk. Perkongsian video berdurasi 24 saat yang dikongsikan oleh albertoutspoken adalah sebenarnya seorang individu yang pendek mengenakan kostum Chucky dan sengaja mengganggu penumpang lain.
Bukan sahaja kostum yang dipakainya itu nampak cukup real malah aksinya yang mendekati penumpang juga membuat ramai ketakutan dan cuba melarikan diri darinya. Jika dilihat di daalam video, individu berkostum Chucky itu juga memegang kaki seorang penumpang wanita dan enggan melepaskannya sebelum mengejar wanita itu apabila dia menjauhkan diri, sementara penumpang lain cuba merakam adegan luar biasa itu.
Video tersebut mengundang netizen untuk berkongsikan apa yang mereka akan lakukan jika berada dalam situasi pelik itu. Situasi seperti ini mungkin menghiburkan kepada sesetengah orang namun jika ada yang fobia atau takut akan patung ini mungkin akan memberi kesan yang negetif. Pesanan kami berpada-pada dalam gurauan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Disangka Kumpul Patung Vintaj Sebagai Hobi, Rupanya…
Kisah Lelaki Miliki 57 Koleksi Tali Pinggang Kamen Rider Bernilai Lebih RM40,000
Sumber: Twitter
Post comments (0)