Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Pemuda Singapura Jual Semut Untuk Peliharaan

today7 October 2020

Background

Kalau sebut haiwan peliharaan mesti ramai yang memikirkan kucing, kuda, hamster, burung, arnab dan binatang yang jinak dan domestik.

Malah, ada juga yang memelihara reptilia seperti jenis cicak atau ular sebagai haiwan peliharaan untuk dijadikan teman mainan atau hiburan.

Namun berbeza pula di Singapura, sebuah kedai menjual semut untuk menjadikan makhluk berkaki enam sebagai haiwan peliharaan.

Sumber: facebook

Menurut pemilik kedai tersebut, John Ye, mereka turut menjual ladang semut bersama peralatan khas, termasuk vakum genggam mini untuk menangkap serangga, piring makan kecil dan cacing yang digunakan sebagai makanan.

Saya ingin memiliki tempat di mana orang dapat mengumpulkan dan berkongsi pandangan, dan berkongsi perjalanan menjaga semut mereka,”

Sumber: facebook

Lelaki berusia 41 tahun itu meninggalkan pekerjaannya terdahulu untuk membuka kedai semutnya, ‘Just Ants’ pada bulan Januari sekaligus melayani peminatnya untuk sesi soal jawab tentang perniagaan semutnya.

Walaupun menangkap semut bukanlah satu perkara yang mudah tapi, kedai John Ye menyimpan 30 hingga 40 spesies yang dikumpulkan olehnya serta pasukannya di sekitar Singapura. Unik sungguh kan?

Apa pun, jangan sampai memudaratkan diri.

Sumber: facebook

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Anggap Covid-19 Sama Seperti Sakit Selsema, Twitter Bertindak Padam Posting Trump

Umum mengetahui Trump telah pun dijangkiti wabak berbahaya itu pada minggu lalu dan ditahan di hospital untuk rawatan lanjut.Namun, selepas tiga hari menerima rawatan, beliau sudah pun keluar dari hospital dan menjalani kuarantin kendiri. Trump di laman twitternya menulis: "Flu season is coming up! Many people every year, sometimes over 100,000, and despite the vaccine, die from the flu. Are we going to close down our country? No, we have […]

today7 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *