Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Penat gila.. rasanya lebih 3 jam..” Gadis Viral Buat Video TikTok Pusing Stereng Kereta

today5 December 2020

Background

Apabila semuanya di hujung jari, makin banyak ragam yang kita akan jumpa di sosial media. Bukan sahaja ia boleh buat kita dikenali namun ia juga boleh menjana pendapatan jika ada yang bijak ‘cari jalan’. Tidak kira sesiapa pun, kita boleh kenali dan mendapat perhatian orang ramai jika kita bijak lakukan sesuatu yang boleh buat kita viral.

Begitulah yang terjadi kepada gadis yang bernama Masnor Tahirah Roslan yang telah menghabiskan masa selama lebih tiga jam semata-mata untuk menghasilkan video TikTok yang berdurasi 60 saat. Di dalam video tersebut, kita boleh lihat Masnor telah menukar bajunya setiap kali stereng keretanya dipusing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Masnor (@masnorr)

Masnor merupakan seorang pelajar perundangan di sebuah universiti awam mengatakan proses pembikinan video tersebut tidaklah mudah namun ia tidak mematahkan semangatnya. Walaupaun dia perlu melakukan empat persalinan dan mengenakan solekan berlainan sebanyak empat kali tetapi usahanya berbaloi apabila video tersebut telah ditonton sebanyak lebih 100,000 tontonan.

Apa pelbagai reaksi netizen yang telah diterima. Ada yang memuji dan semestinya ada juga yang mengecamnya tetapi Masnor tidak menghiraukan komen tersebut sebab katanya apa yang dia buat hanyalah untuk suka-suka dan dia rasa tidak perlu untuk berasa sedih atas komen orang lain.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pak Utih Buat Kelas Free Di Facebook Dan TikTok Khas Buat Para Lelaki

Wanita Ini Cari Menantu Suka TikTok, Ramai Tawarkan Diri

 

Sumber: Mstar, Instagram Masnor

 

Written by: Adinna


Previous post

Buletin

Koloni haram: Imigresen nafi dakwaan tak ambil tindakan

Putrajaya: Jabatan Imigresen menafikan dakwaan tiada tindakan penguatkuasaan diambil ke atas pendatang asing yang membina penempatan atau koloni setinggan di pinggiran bandar di Sabah. Ketua Pengarahnya Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pihaknya sentiasa membuat pemantauan dan melakukan risikan dalam setiap operasi dilaksanakan, termasuk mengambil tindakan segera membanteras penempatan haram itu berdasarkan laporan diterima sama ada daripada orang awam atau agensi penguatkuasaan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today5 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *