Lewat petang semalam dunia industri muzik dikejutkan dengan perkara yang mengejutkan ramai orang apabila salah seorang peserta Muzik-Muzik 35, penyanyi Alif Satar disahkan positif COVID-19.
Susulan itu, pentas Muzik-Muzik 35 Separuh Akhir terpaksa ditunda demi keselamatan sehingga tarikh diberitahu. Kenyataan ini diberitahu menerusi laman Instagram pada malam semalam.
View this post on Instagram
Keputusan ini diambil sejurus selepas pelantun lagu Sesungguhnya Aku, Alif Satar memuat naik posting di Instagram tentang keadaan kesihatannya yang disahkan positif COVID-19.
Menurutnya, keputusan ini diketahui selepas beberapa kali menjalani swab test dan sudah pasti dirinya mengejutkan dan mendukacitakan.

“Perkara pertama bila Alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga, isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif,”
Dalam masa yang sama, bapa kepada tiga orang anak ini memohon maaf dan meminta doa agar dirinya kuat menjalani ujian dari Maha Besar.
View this post on Instagram
Kepada mereka yang pernah berjumpa dengan Alif dalam masa dua minggu ini diminta untuk membuat ujian saringan atau dapatkan nasihat dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk langkah selanjutnya.
Semoga Alif dalam keadaan baik-baik.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“95% Berkesan..”- Dato Dr Musa Mohd Nordin Yakinkan Vaksin COVID-19 Selamat
“Kasihan Penyanyi Dan Pemuzik, Mereka Nak Makan Apa Ya?” – Hattan
Sumber: instagrammuzikmuzik , instagramalifsatar
Post comments (0)