Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Polis Jejak Pesalah Dengan Bantuan Lukisan Kanak-Kanak

today18 November 2020

Background

Jangan pandang kanak-kanak dengan sebelah mata sebab mereka juga boleh membantu menyelesaikan kes polis. Itu yang berlaku di Jerman apabila lakaran empat kanak-kanak berjaya membantu polis menjejaki individu yang melakukan kesalahan jalan raya.

Menurut laporan,  kanak-kanak itu menjadi saksi utama bagi satu kes kemalangan di daerah Bockum-Hovel pada 11 November lalu. Pada waktu sebelum kemalangan, kanak-kanak itu dikatakan sedang berjalan kaki dalam perjalanan ke sekolah mereka. 

Sewaktu tiba di lampu isyarat, tiba-tiba mereka melihat sebuah kenderaan berwarna hitam membelok ke arah kiri dan melanggar penghadang jalan. Kemalangan itu menyebabkan penghadang jalan di situ rosak. Bagaimanapun, pemandu yang cuai itu terus memecut meninggalkan tempat kejadian. 

Kanak-kanak itu menceritakan kejadian itu kepada guru kelas mereka sebelum perkara itu dilaporkan kepada polis. Mereka kemudian membuat lakaran kejadian kemalangan itu termasuk gambar muka pemandu wanita dalam kejadian itu.

Secara logiknya memang lakaran wajah pemandu itu tidak jelas, namun ia menunjukkan imej wanita berambut perang muda yang mampu memberikan petunjuk kepada pihak polis. Menurut pihak polis, lakaran kanak-kanak itu menjadi sebahagian daripada maklumat yang membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, lakaran lukisan itu turut dimuat naik ke laman Twitter jabatan polis berkenaan dengan ucapan “Luisa, Romy, Celina dan Luis dari Kelas Dragon, Overberg School layak mendapat pujian khas daripada polis.”

 

Baca juga artikel menarik lain:

Sebab Bosan Isteri Kuat Membebel, Lelaki Ini Nekad Panjat Menara!

Pendapatan RM2,208 Kini Dikira Miskin. Masih Mampukah Memiliki iPhone 12 Dan PS5?

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Lelaki Ini Sanggup Bunuh Bapa Sendiri, Selepas Berang Ditegur Leka Bermain Telefon

Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Tan Yin Fah, 59, maut di tempat kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi susulan tikaman di bahagian hadapan dan belakang badannya.Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin, berkata kejadian itu dipercayai bermula dengan tindakan Yin Fah menegur anak lelakinya yang berusia 35 tahun kerana kerap bermain telefon."Susulan teguran itu, berlaku pertengkaran mulut antara kedua beranak berkenaan."Mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan... Klik untuk baca […]

today18 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *