Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Pulang Buku Selepas Hampir 60 Tahun, Ini Jumlah Denda Yang Perlu Dibayar

today13 October 2020

Background

Jika anda sebagai seorang pelajar, tentu sekali buku yang dipinjam di perpustakaan akan dipulangkan sebelum tamat tempoh peminjaman. Bukannya apa, ia bagi mengelakkan diri dikenakan denda pemulangan lewat. Namun, lain pula ceritanya di Kota London apabila seorang pekerja di sebuah perpustakaan mendapati sebuah buku puisi yang dimasukkan ke dalam kotak pemulangan buku selepas hampir 60 tahun daripada tarikh akhir ia sepatutnya dipulangkan.

Menurut Perpustakaan Middlesbrough, buku bertajuk ‘The Buried Stream‘ itu merupakan sebuah antologi puisi oleh Geoffrey Faber, dan ia baru sahaja dipulangkan bulan ini. Tarikh akhir buku itu sepatutnya dikembalikan adalah pada Disember 1962. 

Manakala, Pegawai Perpustakaan dan Komuniti David Harrington pula mengucapkan terima kasih kepada individu yang memulangkan buku tersebut. Bagaimanapun, buku itu dikenakan denda sebanyak $650 (kira-kira RM2,690) tetapi ditangguhkan kerana wabak Covid-19. Buku tersebut akan diletakkan di Perpustakaan Rujukan untuk kegunaan generasi akan datang.

Mungkin ada yang tertanya-tanya jika di Malaysia berapa pula jumlah dendanya. Melalui rujukan Akta Perpustakaan Negara 1972, jumlah denda bagi buku yang melepasi tempoh peminjaman adalah RM0.10 sen sehari. Ini bermakna jika anda lewat memulangkannya selama 60 tahun, anda perlu membayar lebih kurang RM2,190. Jadi, bukan tabiat yang baik untuk lewat memulangkan buku yang dipinjam, disamping ia akan mengurangkan sumber buku yang ada untuk dipinjam oleh orang lain.

 

 

Baca juga artikel menarik yang lain:

Sabah Menghampiri Tempoh Kritikal, Ambil Langkah Berjaga Jika Ke Pusat Beli-Belah Yang Terkesan

Duduk Sebumbung Dengan Mertua Lebih Menguntungkan?

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

skysports-christian-pulisic_5033047

Sukan

Pulisic Laung Amaran, Chelsea Nak ‘Tapau’ Kesemua Piala Tersedia Musim Ini

Walaupun Chelsea bermula dengan terumbang ambing pada awal musim ini, namun Christian Pulisic yakin pasukan The Blues sudah mencapai tempo mereka. Lampard sebelum ini sudah memberitahu bahawa, Chelsea tak konsisten kerana kurangnya perlawanan pra musim untuk mereka mengumpulkan dan menyerasikan adunan para pemain baharu dan lama. Pulisic percaya bahawa permulaan kurang meyakinkan yang ditunjukkan oleh Chelsea tidak akan memberi kesan yang besar. Lebih-lebih lagi, pemain Chelsea juga... Klik untuk baca […]

today13 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *